Thursday, 19 July 2012

fasa dalam bulan ramadan


Di dalam satu hadis menyebut :
شَهْرُ رَمَضَانَ أَوَّلُهُ الرَّحْمَةُ وَأَوْسَطُهُ المَغْفِرَةُ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ
Maknanya : Bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya keselamatan daripada api neraka
Inilah kelebihan yang terdapat di dalam bulan Ramadhan. Secara ringkasnya bulan Ramadhan terbahagi kepada 3 fasa iaitu : 
Fasa Pertama : 10 hari yang awal merupakan fasa rahmat
Fasa Kedua : 10 hari berikutnya merupakan fasa keampunan
Fasa Ketiga : 10 hari terakhir merupakan fasa keselamatan daripada api neraka

Friday, 13 July 2012

ramadan

ya ALLAH tiba-tiba engkau musibahkan kepadaku dengan ujian yang agak berat kepadaku...aku tidak kisah...tetapi ramadan hanya minggu depad ya tuhanku..aku sering berdoa kepada mu bahawa supaya engkau memberkati bulan syaaban dan sampaikan daku ke bulan yang cukup aku rindu iaitu ramadan...ya ALLAH adakah doa ku ini termakbul atau terhijab hanya engkau shaja yang tahu...

              sampaikanlah daku dalam keadaan yang sangat sihat dan segar agar daku dapat beramal kepadamu. aku tidak mahu amalan ku pada tahun ini di bulan ramadan lebih sedikit daripda tahun sebelumnya kerna belum tentu ku akan bertemu dengan ramadan akan datang.

Friday, 15 June 2012

kerana apa...........



nak tau satu benda x..satu kebenaran yang x dapat di sangkal lagi..
daripada rasulullah s.a.w sabda yang bermaksud:"Tali iman yang paling kuat adalah cinta karena Allah dan benci karena Allah." (HR. At Tirmidzi).
   jadi disamping keenakan lagu ini..hayatilah maksudnya....

Monday, 27 February 2012

x hebat sangat

siapakah kita sebenarnya? hamba ataupun tuan....apabila di tanya persoalan ini kepada kita, sudah semestinya jawapannya ialah kita ini merupakan seorang hamba ALLAH S.W.T.  TETAPI adakah perbuatan kita ini  melambanagkan identiti seorang hamba. cuba kita kenang dan renung-renungkan bagaimana sebenarnya ciptaan manusi yang sebenarnya hina. kita diciptakan daripada tanah dimana tanah ini sering kali di pijak diludah dan sebagainya. jadi kalau begitu apakah yang kita ingi banggakan sebenarnya. oh saya faham kita ingin mengatakan bahawa kita mempunyai akal dan fikiran yang hebat. kalau begitulah fikiran kita saya rasa kita patut buang jauh2 fikirang itu. hal ini adalah kerana ilmu yang di miliki oleh manusia ini sebenarnya hanya setitik air dilautan jika dibandingkan dengan ALLAH S.W.T. cuba kita fikirkan bagaimana hebatnya pencipta kita ini yang memberi akal kepda kita. sedangkan penerima itu sendiri pun telah di puji inikan pula pemberinya.

  itulah yang patut lakukan. kita sepatutnya memuji ALLAH dan bukannya manusia yang sebenarnya hanya menumpang ilmu yang bakal pergi meninggalkannya.

Tuesday, 24 January 2012

Sayangnya ALLAH kepada kita


vuba kita renungkan baik-baik video ini. sekiranya kita mersakan diri kita yang paling tersepit dan sering di uji oleh ALLAH cuba kita lihat kembali dalam kehidupan seharian kita.. ramai lagi orang yang di timpa ujian yang lebih berat daripada kita..sekiranya kita di uji maka bersyukurlah dan ketahuilah bahawa kita di sayangi ALLAH. sekiranya kita melihat orang yang kaya seperti tidak ada ujian dan kesusahan maka kita telah tersilap.. ketahuilah bahawasanya ujian yang paling hebat ialah sewaktu manusia itu berada dalam kesenangan.

Saturday, 21 January 2012

maulidur rasul yang berkualiti

Amat memalukan bagi umat terakhir ini apabila di tanya berapa kali mereka pernah bersowalat kepada NABI MUHAMMAD S.A.W.? jawapannya amat menyedihkan. sekiranya dibandingkan dengan kecintaan Nabi Muhammad s.a.w. kepada kita memeang tidak patut kita berbuat begini. antara jawapan yang paling famous ialah sewaktu sambutan maulidur rasul. sewaktu sambutan ini barulah berjuta-juta umat muhammad berpusu-pusu berarak ke seluruh pelusuk negara bagi melahirkan rasa kecintaan kepada nabi muhammad s.a.w kalau begitu bagaimana dengan hari-hari sebelumnya dan selepasnya?


 persoalan ini amat mudah di jawab tetapi susah diamalkan. sedangkan nabi muhammad  sangat kasih sdan sayang kepada kita sehinggakan beliau hendak wafat pun masih menyebut "ummati,ummati,ummati". cuba bayangkan kita hanya bersolawat kepada kita hanya setahun sekali. orang berkata bahawa sekiranya kita menyukai seseorang pasti kita akan mengikutinya. adakah ini bermakna kita tidak benar-benar menyintai nabi muhammad s.a.w. adakah ini hanya penipuan dalam dada kita yang hanya ini menunjukkan kepada orang bahawa kita ini orang yang sangat cintakan kepada rasulnya tetapi sebenarnya munafiq dan pendusta yang sangat hebat. Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda bahawasa "barang siapa yang bersolawat keatasku sekali nescaya Allah akan bersolawat keatasnya sebanyak sepuluh kali".  ada ulama' yang menyatakan bahawa ianya ialah sepuluh pengampunan dosa.. Allah juaga telah berfirman bahawasanya ' Sesungguhnya Allah dan para malaikat selau bersolawat kepada nabi muhammad s.a.w. wahai orang-orang yang beriman selawat dan salam kamu keatasnya". hal ini dengan jelas menunjukkan keawajipan kita supaya bersolawat ke atas nabi muhammad biarpu hanya sekali sehari.

bersempena dengan sambutan maulidur rasul ini marilah kita bersama-sama mengenang kembali jasa nabi muhammad s.a.w dan memperbanyakkan selawat ke atasnya. sabd nabi muhammad yang bermaksud barang siapa yang bersolawat ke tasku nescaya orang itu akan bersamaku didalam syurga.

Sunday, 25 December 2011

lunturkanlah

subhanallah inilah ciptaan yang maha esa.

sejuk dingin cuaca di cameron highland membuktikan kebesaran illahi. tidak pernahkah kita berfikir menegenai kekuasaanya sejenak setelah berlaku zalim terhadap diri sendiri dan membuat perkara yang lara sepanjang hayat. pernahkah kita terdengar pepatah pujangga yang amat terkenal dengan maknanya iatu BERFIKIR SEJENAK LEBIH BAIK DARIPADA BERIBADAT SERIBU TAHUN. mungkin dengan memikirkan kekuasaan ALLAH ini akan sedikit sebanyak akan membuka hati dan fikiran kita yang selama  ini angkuh dengan kelebihan yang dimiliki oleh diri kita. sesungguhnya tiada syurga buat orang yang angkuh. 



Saturday, 17 December 2011

sebenarnya hudud itu adil

sebenarnya ALLAH itu maha adil lagi maha mengetahui. jangan main cakap saja kalau tidak mengetahui kebenaran yang sebenar. cepat tgk video ini.

apamacam sudah faham ka........






Tuesday, 6 December 2011

sayang siapa nie

Wahai adik-adik kenangkan jasa ayah
Hormatilah dia tanda kasih padanya
Pengorbanannya yang tiada terhingga
Mencari rezeki membesarkan kita

Ingatlah adik kasih ibu tercinta
Mengasuh mendidik tanpa letih dan jemu
Namun di wajahnya tetaplah ceria
Dapatkanlah ibu itulah kasih kita
Sayang sayang Allah
Sayang sayang nabi

Sayang sayang Allah
Sayang sayang nabi
Sayang sayang ayah
Sayang sayang ibu
Sayang sayang Allah
Sayang sayang nabi
Sayang sayang ayah
Sayang sayang Ibu

Kau orang mesti pernah dengar bibit-bibit lirik lagu seperti di atas kan??
Dulu masa lagu ni tengah-tengah top memang selalu kot diputarkan dekat radio.
Lagi-lagi lepas pengumuman waktu solat dekat radio, mesti ada punya lagu tu.
Tapi tu dululah, sekarang mana ada lagi yang minat lagu-lagu nasyid kan?
Sekarang orang layan lagu ni ;

Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti
Andainya kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu
Okey, okey aku bagi separuh saja lirik sebab aku tau kau orang dah humming lagu ni dah.
Mesti nyanyi bagai nak gila dah ni.
Kan Ajai kan?

Sebenarnya bukan pasal lagu ni yang aku nak cerita.
Tetiba cerita pasal lagu ni pula.
Lari tajuk betul.
Nanti tak pasal-pasal kena kutuk sebab minat lagu Aril AF
Ni aku nak cerita pasal perbezaan di antara mak dengan abah aku.
Banyak juga perbezaan antara mak dengan abah aku ni.
Perbezaan macam mana tu kenalah baca, okey jom cekidaout. (Check it out lah maksudnya tu)

Perbezaan pertama : Situasi masa sebelum keluar rumah.

Mak :
"Haa. ni jangan lupa pulak nak kunci pintu ni semua. Sekarang ni banyak curi-curi ni."

Selang 5 minit.

"Jangan lupa kunci pintu ni, Check semua plug dah tutup ke tidak"

Selang 5 minit.

"Kunci pintu ni. Pintu belakang tu sekali. Check semua"

Selang 5 minit.

"Al-Aiman, rumah ni nanti check semua pintu, tingkap kunci. Jangan lalai nanti pencuri masuk"

Okey, ni cara mak aku sebelum dia nak keluar rumah.
Iya mak, Mohammad Al-Aiman faham semua tu.
Tetapi disebabkan naluri seorang ibu, memang tak sah kalau tak cakap banyak-banyak kali kan?

Abah :

"Ni semua pintu tingkap semua kunci, plug tutup cabut sekali. Nanti abah checktak buat semua siap kena sekeh okey"

Haa, jawapan aku senang saja.
"Baik boss" sambil tunjuk isyarat bagus.
Memang tepat dan padat abah punya sound.
Tak payah nak ulang 3-4 kali.
Sekali jer cukup untuk faham.

Perbezaan kedua : Situasi masa nak minta duit belanja sekolah.

Mak :

"Ni duit belanja ni ada lebih simpan. Jangan nak gatal-gatal beli benda-benda mengarut. Mak ni susah cari duit. Ingat mak ni kilang cop duit ke nak mintak duit hari-hari?

Tu dia mak punya sound.
Memang berdesup menusuk, mendalam habis.
Tapi dalam bising-bising tu dia hulur juga.
Mak mana yang tak sayang anak kan?

Abah :

"Ni duit belanja sekolah hari ni. Cukup tak? Kalau tak abah bagi lebih sikit"

Haa, yang ni memang aku tak tau nak cakap apa.
Siap nak bagi lebih tu.
Siapa yang tak nak kan kalau duit belanja dapat lebih dari selalu?

Perbezaan ketiga : Situasi masa kecik-kecik dulu dekat shopping mall.

Mak : "Masuk tengok saja!"

Mak memang tegas masa tu.
Yang paling aku tak boleh lupa aku akan ikut cakap mak lepas tu letak tangan belakang pinggang sambil tengok-tengok saja barang-barang mainan.
Peh, mana boleh tahan kalau tengok Lego, Senapang apa semua mainan tanpa sentuh kan?
Tapi takut mak bising tu yang sampai tak sentuh tu.

Abah : "Ambil barang yang paling murah saja!"

Barang yang paling murah?
Kau orang nak tau apa yang aku ambil?
Askar-askar yang kecil-kecil warna hijau yang ada macam-macam gaya dan aksi tu.
Tu saja yang paling murah pastu dapat banyak.
Tapi tak kisah pun sebab janji dapat barang mainan.
Bila dapat memang senyum sampai telinga lah.

Perbezaan keempat : Situasi semasa dapat keputusan peperiksaan.

Mak : "Ni apa pasal banyak subjek dapat macam ni? Kat sekolah main ke belajar ni?"

Kalau masa nak tandatangan report card tu lah memang masa paling tak best sekali.
Bukan apa, kalau kena bebel saja aku tak kisah tapi siap sedialah nak kena rotan apa semua.
Haa, tu memang peritlah kan?
Tapi nak elak macam mana pun tetap kena rotan juga sebab keputusan tak pernah nak cantik.

Abah : "Lain kali buat lain. Jangan nak main saja!"

Sambil abah tandatangan sambil tu dia nasihatkan aku sekali.
Tapi kalau teruk keputusan tu memang kena rotan juga.

Perbezaan kelima : Situasi masa nak keluar rumah lepak dengan kawan-kawan.

Mak : "Ni sudah malam-malam buta baru nak keluar? Apa tak boring ke asyik lepak tengok muka kawan-kawan tu?"

Dulu masa zaman sekolah mak memang pantang kalau lepak waktu tengah-tengah malam.
Aku macam biasalah, pekakkan telinga saja.
Sebab nak tengok bola punya pasal.
Dulu zama sekolah mana ada astro dekat rumah kan?

Abah : "Haa, nak pergi mana tu? Kalau lepak tak lama abah nak join. Dah lama tak pekena teh tarik mamak tu"

Ni memang serious weih.
Abah aku join aku lepak dengan kawan-kawan.
Apa ada hal kan?
Sampaikan kawan-kawan yang tengah hisap rokok buang semua rokok tu waktu aku dengan abah aku datang nak lepak.
Memang kelakar gelagat dia orang tu.
Iya lah, budak bawah umur hisap rokok kan?
Memang cuak habislah.
Dia orang ingat aku datang bawa abah nak tangkap dia orang bagi dekat mak bapak.
Padahal nak datang lepak.

.............................................................................

Ni antara perbezaan mak dengan abah aku.
Ada banyak lagi sebenarnya tapi nantilah next time aku cerita lain.
Tapi walaupun mak tu garang dan abah tu cool tak bermaksud aku sayang abah lebih ke apa ke atau mak tu tak cool ke kan?
Sebenarnya aku nak cakap yang memang mak dan abah tu berbeza tapi kasih sayang aku dengan mak dan abah tiada perbezaan pun.
Dua-dua pun sama sayang.

Okey, sekarang aku nak pergi download lagu Aril AF tu.
Eh, silap. Bukan-bukan.
Aku nak download lagu atas sekali tu, kumpulan Huda tak silap aku.
Nak dengar balik lepas tu forward dekat kawan-kawan.
Yeah!

P/S : Kalau ada cerita pasal mak abah kau orang bagitaulah aku. Aku pun nak dengar juga. Itu pun kalau kau orang sudilah kan?

P/S lagi : Aku buat entri ni sebab aku baru ter-pecah-kan pinggan mangkukfavourite mak abah. Hampeh betul. Tak pasal-pasal kena buat entri bodek

Monday, 5 December 2011

shadad laknatullah meninggal dunia

Syadad Laknatullah Menemui Ajal Dikisahkan bahawa ‘Aad mempunyai dua orang putera, yang pertama bernama Syadid dan yang kedua bernama Syadad. Apabila Syadad laknatullah sudah dewasa, seluruh kerajaan berada dalam kekuasaannya. Lalu ia mengajak raja-raja bawahannya untuk bermesyuarat dan berkata kepada mereka: "Aku akan membangun syurga seperti yang difirmankan Allah dalam kitab-kitabNya. Mereka menjawab: Hal itu terserah kepada tuanku, kerajaan ini kepunyaan tuanku." Kemudian ia memerintahkan agar dikumpulkan semua emas dan perak dari Timur hingga ke Barat. Setelah itu ia berkata: "Bangunkanlah untukku syurga dalam masa 300 tahun." Maka berkumpullah segala macam bentuk tukang bangunan. Maka dipilihlah 300 di antara mereka setiap seorang dari tukang tersebut memimpin sebanyak 1,000 anak buah. Mereka mengelilingi bumi selama 10 tahun, akhirnya mereka menemukan suatu tempat yang paling baik. Ada pokok-pokok, sungai-sungai. Maka mereka pun mulai membangun syurga yang dirancangkan itu satu parsakh demi satu parsakh. Satu parsakh daripada emas dan satu parsakh daripada perak. Setelah mereka anggap semuanya telah sempurna, lalu mereka alirkan sungai-sungai, mereka dirikan pokok-pokok yang batangnya terbuat daripada perak, cabang dan rantingnya terbuat daripada emas. Dan mereka bangun istana-istana dari batu delima, dengan dihiasi berbagai permata, seperti intan, berlian dan lain-lain. Kemudian mereka sirami dengan minyak yang paling wangi. Cuma yang membezakan syurga Shadad laknatullah ini dengan syurga sebenar adalah syurga ada jamban. Gadis yang menjadi bidadari hanya sekali dara serta boleh mengalami haid. Untuk mewujudkan keinginan Syadad laknatullah tersebut, raja-raja dan para pembantu mereka telah mengambil emas dan perak daripada rakyat dengan cara paksaan. Sehingga tidak tertinggal sedikit pun emas dan perak daripada rakyatnya, melainkan yang masih ada pada leher seorang anak, yang beratnya kira-kira 1 dirham. Ketika mereka ingin merampasnya, maka anak itu berkata: "Janganlah tuan ambil emasku ini." Akan tetapi mereka berusaha untuk mengambilnya, dan mereka berkata: "Kami diperintahkan oleh raja untuk mengambilnya." Lalu emas yang sedikit itu mereka paksa mengambilnya daripada leher anak kecil itu. Maka anak tersebut mengangkat tangan, sambil berdoa: "Wahai Tuhanku, Engkau Maha mengetahui tentang apa yang telah dilakukan oleh orang yang zalim ini terhadap hamba-hamba-Mu yang lemah. Maka tolonglah kami, wahai Zat yang menolong kepada orang-orang yang meminta pertolongan." Semua malaikat mengaminkan doa anak tersebut. Setelah selesai kerja membina syurga Shadad laknatullah itu, akhirnya mereka memberitahu Syadad laknatullah untuk datang merasmikannya. Syadad laknatullah pun bersiap-siap untuk ke sana. Keberangkatan mereka itu selama 10 tahun perjalanan. Akhirnya rombongan Syadad laknatullah telah sampai dekat syurga yang mereka buat. Lalu Allah SWT mengutus Jibrail membawa gambaran pintu syurga sebenar menggantikan pintu syurga buatan kerajaan Syadad. Bertambahlah bongkak serta sombongnya Shadad setelah melihat gambaran pintu syurga sebenar. Shadad laknatullah berkata: "Apa perlu aku beriman dengan Allah, sedangkan aku mampu membina syurga aku sendiri." Dengan rasa angkuh, Shadad laknatullah ingin merasmi dan memasuki syurganya. Lalu Allah SWT pun memerintah malaikat Izrail supaya mencabut nyawa Shadad laknatullah sebelum dia melangkah kaki ke dalam syurga buatannya. Izrail memohon kepada Allah SWT agar diberi kesempatan pada Shadad laknatullah melangkah setapak ke dalam syurga buatannya, barulah ia mencabut nyawanya. Lalu Allah SWT berfirman: "Ingatkah engkau Izrail pada suatu masa dahulu. Ada sebuah kapal yang karam di satu lautan yang luas. Waktu itu berpautlah seorang ibu dan seorang bayi kecil pada kayu tiang kapal berkenaan. Aku memerintahkan engkau untuk mencabut nyawa kedua-duanya. Engkau bermohon agar kasihanilah bayi kecil itu dan dibiarkan ia hidup. Maka Aku memperkenankan doa kamu. Tahukah engkau bahawa bayi yang kecil itulah Shadad." Belum pun sempat Shadad laknatullah melangkah masuk ke pintu syurga buatannya, tiba-tiba Jibrail memekik dengan suara yang sangat keras dari atas langit. Maka dalam masa yang singkat mereka semuanya mati, sebelum sempat memasuki syurga tersebut. Malaikat Izrail pula merentap nyawa Shadad dengan sangat keras, sehinggakan darah memancut pada setiap liang bulu roma Shadad laknatullah . Firman Allah SWT: "Dan berapa banyak telah Kami binasakan umat-umat sebelum mereka. Adakah kamu melihat seorang pun daripada mereka atau kamu dengar suara mereka samar-samar?" (Maryam: 98)

puasa asyura

Puasa selain merupakan ibadah yang mulia di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala juga mengandung sekian banyak manfaat yang lain. Dengan berpuasa seseorang dapat mengendalikan syahwat dan hawa nafsunya. Dan puasa juga menjadi perisai dari api neraka. Puasa juga dapat menghapus dosa-dosa dan memberi syafaat di hari kiamat. Dan puasa juga dapat membangkitkan rasa solidaritas kemanusiaan, serta manfaat lainnya yang sudah dimaklumi terkandung pada ibadah yang mulia ini.


Pada bulan Muharram ada satu hari yang dikenal dengan sebutan hari ‘Asyura. Orang-orang jahiliyah pada masa pra Islam dan bangsa Yahudi sangat memuliakan hari ini. Hal tersebut karena pada hari ini Allah Subhanahu wa Ta’ala selamatkan Nabi Musa ‘alaihissalam dari kejaran Fir’aun dan bala tentaranya. Bersyukur atas karunia Allah Subhanahu wa Ta’ala kepadanya, Nabi Musa ‘alaihissalam akhirnya berpuasa pada hari ini. Tatkala sampai berita ini kepada Nabi kita Shallallahu ‘alaihi wassalam, melalui orang-orang Yahudi yang tinggal di Madinah beliau bersabda,
فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوْسَى مِنْكُمْ
“Saya lebih berhak mengikuti Musa dari kalian (kaum Yahudi)”.

Yang demikian karena pada saat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam sampai di Madinah, beliau mendapati Yahudi Madinah berpuasa pada hari ini, maka beliau sampaikan sabdanya sebagaimana di atas. Semenjak itu beliau Saw memerintahkan ummatnya untuk berpuasa, sehingga jadilah puasa ‘Asyura diantara ibadah yang disukai di dalam Islam. Dan ketika itu puasa Ramadhan belum diwajibkan.
Adalah Abdullah bin Abbas radiyallahu ‘anhu yang menceritakan kisah ini kepada kita sebagaimana yang terdapat di dalam Shahih Bukhari No 1900,
قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ المَدِيْنَةَ فَرَأَى اليَهُوْدَ تَصُوْمُ يَوْمَ عَاشُوْرَاء فَقَالَ:ماَ هَذَا؟ قَالُوْا هَذَا يَوْمٌ صَالِحٌ هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللهُ بَنِيْ إِسْرَائِيْلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ فَصَامَهُ مُوْسَى. قَالَ: فَأَناَ أَحَقُّ بِمُوْسَى مِنْكُمْ. فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ
“Tatkala Nabi Saw datang ke Madinah beliau melihat orang-orang Yahudi melakukan puasa di hari ‘Asyura. Beliau Shallallahu ‘alaihi wassalam bertanya, “Hari apa ini?”. Orang-orang Yahudi menjawab, “Ini adalah hari baik, pada hari ini Allah selamatkan Bani Israil dari musuhnya, maka Musa ‘alaihissalam berpuasa pada hari ini. Nabi Saw bersabda, “Saya lebih berhak mengikuti Musa dari kalian (kaum Yahudi). Maka beliau berpuasa pada hari itu dan memerintahkan ummatnya untuk melakukannya”. HR Al Bukhari

Dan dari Aisyah radiyallahu ‘anha, ia mengisahkan,
كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ بِصِيَامِ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانَ كَانَ مَنْ شَاءَ صَامَ وَمَنْ شَاءَ أَفْطَرَ
“Dahulu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam memerintahkan untuk puasa di hari ‘Asyura. Dan ketika puasa Ramadhan diwajibkan, barangsiapa yang ingin (berpuasa di hari ‘Asyura) ia boleh berpuasa dan barangsiapa yang ingin (tidak berpuasa) ia boleh berbuka”. HR Al Bukhari No 1897

Keutamaan puasa ‘Asyura di dalam Islam.

Di masa hidupnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam berpuasa di hari ‘Asyura. Kebiasaan ini bahkan sudah dilakukan beliau Shallallahu ‘alaihi wassalam sejak sebelum diwajibkannya puasa Ramadhan dan terus berlangsung sampai akhir hayatnyaShallallahu ‘alaihi wassalam . Al Imam Al Bukhari (No 1902) dan Al Imam Muslim (No 1132) meriwayatkan di dalam shahih mereka dari Abdullah bin Abbas radiyallahu ‘anhuma, ia berkata,
مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صِيَامَ يَومَ فَضْلِهِ عَلَى غَيْرِهِ إِلاَّ هَذَا اليَوْمِ يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ وَهذَا الشَّهْرُ يَعْنِي شَهْرُ رَمَضَانَ
“Aku tidak pernah mendapati Rasulullah menjaga puasa suatu hari karena keutamaannya dibandingkan hari-hari yang lain kecuali hari ini yaitu hari ‘Asyura dan bulan ini yaitu bulan Ramadhan”.
Hal ini menandakan akan keutamaan besar yang terkandung pada puasa di hari ini. Oleh karena itu ketika beliau Shallallahu ‘alaihi wassalam ditanya pada satu kesempatan tentang puasa yang paling afdhal setelah Ramadhan, beliau menjawab bulan Allah Muharram. Dan Al Imam Muslim serta yang lainnya meriwayatkan dari Abu Hurairah radiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda,
أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ، شَهْرُ اللهِ المُحَرَّمُ. وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الفَرِيْضَةَ، صَلاَةُ اللَّيْلِ
“Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah (puasa) di bulan Allah Muharram. Dan shalat yang paling utama setelah shalat wajib adalah shalat malam”.

Dan puasa ‘Asyura menggugurkan dosa-dosa setahun yang lalu. Al Imam Abu Daud meriwayatkan di dalam Sunan-nya dari Abu Qatadah Ra,
وَصَوْمُ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ إنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَنَة َالتِيْ قَبْلَهُ
“Dan puasa di hari ‘Asyura, sungguh saya mengharap kepada Allah bisa menggugurkan dosa setahun yang lalu”.

Hukum Puasa ‘Asyura

Sebagian ulama salaf menganggap puasa ‘Asyura hukumnya wajib akan tetapi hadits ‘Aisyah di atas menegaskan bahwa kewajibannya telah dihapus dan menjadi ibadah yang mustahab (sunnah). Dan Al Imam Ibnu Abdilbarr menukil ijma’ ulama bahwa hukumnya adalah mustahab.

Waktu Pelaksanaan Puasa ‘Asyura

Jumhur ulama dari kalangan salaf dan khalaf berpendapat bahwa hari ‘Asyura adalah hari ke-10 di bulan Muharram. Di antara mereka adalah Said bin Musayyib, Al Hasan Al Bashri, Malik, Ahmad, Ishaq dan yang lainnya. Dan dikalangan ulama kontemporer seperti Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin Rahimahullah. Pada hari inilah Rasullah Saw semasa hidupnya melaksanakan puasa ‘Asyura. Dan kurang lebih setahun sebelum wafatnya, beliau Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda,
لَئِنْ بَقِيْتُ إِلَى قَابِلٍ َلأَصُوْمَنَّ التَاسِعَ
“Jikalau masih ada umurku tahun depan, aku akan berpuasa tanggal sembilan (Muharram)”

Para ulama berpendapat perkataan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam , “…aku akan berpuasa tanggal sembilan (Muharram)”, mengandung kemungkinan beliau ingin memindahkan puasa tanggal 10 ke tanggal 9 Muharram dan beliau ingin menggabungkan keduanya dalam pelaksanaan puasa ‘Asyura. Tapi ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam ternyata wafat sebelum itu maka yang paling selamat adalah puasa pada kedua hari tersebut sekaligus, tanggal 9 dan 10 Muharram..

Dan Al Imam Asy-Syaukani dan Al Hafidz Ibnu Hajar mengatakan puasa ‘Asyura ada tiga tingkatan. Yang pertama puasa di hari ke 10 saja, tingkatan kedua puasa di hari ke 9 dan ke 10 dan tingkatan ketiga puasa di hari 9,10 dan 11. Wallahua’lam.

Sunday, 4 December 2011

teguran baik untuk mukmin sejati

bismillah...
seringkali kita melihat dan menerima teguran daripada orang orang lain berkaitan dengan hal agama. persoalannya ialah adakah kita ini jenis yang boleh menerima teguran ataupun tidak. ad sesetengah orang yang sangat sukar menerima teguran sehingga sanggup memarahi orang yang menegur. subhanallah apa sudah mnahu jadi dengan diri kita ini sehingga sanggup memarahi malahan memukul orang yang memberi teguran kepada kita. adakah kita ini terlalu jauh sesat di dalam lautan maksiat ataupun orang yang mnenegur itu yang salah. teatapi selalunya orang yang ditegur itu telah melakukan kesalahan dan ditegur oleh orang lain. kita selalunya sebagai manusia yang lemah tidak menyedari akan kesilapan yang dilakukan tetapi telah dibantu oleh orang lain untuk membawa kita ke pangkal jalan. manusia yang telah tersilap selalunya mempunyai egonya untuk mengakui kesilapannya sebaliknya mahu mempertahankan kesalahan yang dilakukan seperti perkara yang salah itu betul. orang ini boleh diumpamakan sebagai orang yang munafiq. Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.

Riwayat Ahmad

oleh itu apabila sudah tahu diri tu salah cepat2 bertaubat kepada ALLAH dan mengakui kesalahannya yang telah dilakukan.Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. Az-Zumar: 53)

Wednesday, 30 November 2011

manusia lagi hebat ler

Tulisan ini masih berkaitan dengan tulisan tentang Nabi Sulaiman sebelumnya. Kisah nabi Sulaiman memindahkan singgasana Ratu Balqis dari negeri Saba’ ke negeri Palestina yang berjarak 2.000 km dalam hitungan detik memancing pemikiran kta untuk mengetahui bagaimana teknik pemindahan singgasana tersebut.

Seperti tercantum dalam Al Qur’an Surat An Naml:

38. Berkata Sulaiman: "Hai pembesar-pembesar, siapakah di antara kamu sekalian yang sanggup membawa singgasananya kepadaku sebelum mereka datang kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri."

39. Berkata 'Ifrit (yang cerdik) dari golongan jin: "Aku akan datang kepadamu dengan membawa singgsana itu kepadamu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercaya."

40. Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari AI Kitab[1097]: "Aku akan membawa singgasana itu kepadamu sebelum matamu berkedip." Maka tatkala Sulaiman melihat singgasana itu terletak di hadapannya, iapun berkata: "Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mencoba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya). Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia."

Keterangan

[1097]. Al Kitab di sini maksudnya: ialah Kitab yang diturunkan sebelum Nabi Sulaiman ialah Taurat dan Zabur.

Dari pembesar-pembesar anak buah Nabi Sulaiman baik dari kalangan jin dan manusia diberi tantangan untuk memindahkan singgasana Ratu Balqis. Jin Ifrit menyanggupi memindahkan dengan waktu sebelum Nabi Sulaiman berdiri. Tetapi kemampuan jin Ifrit itu dipatahkan oleh seorang yang berilmu (ilmuwan) bernama Asif bin Barkhiya dengan menyanggupi memindahkan singgasana yang letaknya 2.000 km dari Palestina sebelum mata berkedip!

Sekali mata manusia berkedip dalam hitungan detik sedang Asif bin Barkhiya menyanggupi sebelum mata berkedip atau kurang dari satu detik! Kecepatan itu hanya mampu ditandingi oleh kecepatan cahaya. Ini adalah petunjuk penting bahwa pemindahan singgasana ratu Balqis menggunakan teknologi yang sangat maju disebut teleportasi. Teknologi pemindahan materi jarak jauh.

Dari kecepatannya dapat dipastikan teknologi tersebut lebih cepat dari jin Ifrit. Satu-satunya yang mungkin yaitu teknologi dengan memanfaatkan cahaya atau sinar sebagai media untuk teleportasi tersebut. Bisa saja teleportasi dengan sinar laser sudah ada di jaman tersebut sehingga urusan memindahkan singgasana dalam hitungan detik pun hal yang mudah.

Kalau ada yang membantah dan mengatakan itu adalah sihir maka di dalam Al Qur’an pun sudah dibantah. Lihat Surat Al Baqarah ayat 102:

102. Dan mereka mengikuti apa[76] yang dibaca oleh syaitan-syaitan[77] pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat[78] di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir". Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya[79]. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui.

Keterangan:

[77]. Syaitan-syaitan itu menyebarkan berita-berita bohong, bahwa Nabi Sulaiman menyimpan lembaran-lembaran sihir (Ibnu Katsir).

[78]. Para mufassirin berlainan pendapat tentang yang dimaksud dengan 2 orang malaikat itu. Ada yang berpendapat, mereka betul-betul Malaikat dan ada pula yang berpendapat orang yang dipandang saleh seperti Malaikat dan ada pula yang berpendapat dua orang jahat yang pura-pura saleh seperti Malaikat.

[79]. Berbacam-macam sihir yang dikerjakan orang Yahudi, sampai kepada sihir untuk mencerai-beraikan masyarakat seperti mencerai-beraikan suami isteri.

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa kaum Yahudi berkata: "Lihatlah Muhammad yang mencampur-baurkan antara haq dengan bathil, yaitu menerangkan Sulaiman (Nabi) digolongkan pada kelompok nabi-nabi, padahal ia seorang ahli sihir yang mengendarai angin." Maka Allah menurunkan ayat tersebut di atas (S. 2: 102) yang menegaskan bahwa kaum Yahudi lebih mempercayai syaitan daripada iman kepada Allah SWT.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir yang bersumber dari Syahr bin Hausyab.)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahwa kaum Yahudi bertanya kepada Nabi SAW beberapa kali tentang beberapa hal dalam Taurat. Semua pertanyaan mengenai isi Taurat, dijawab oleh Allah dengan menurunkan ayat. Ketika itu mereka menganggap bahwa ayat tersebut dirasakan sebagai bantahan terhadap mereka. Mereka berkata dengan sesamanya: "Orang ini lebih mengetahui daripada kita tentang apa yang diturunkan kepada kita." Di antara masalah yang ditanyakan kepada Nabi SAW ialah tentang sihir. Dan mereka berbantah-bantahanlah dengan Rasulullah tentang hal itu. Maka Allah menurunkan ayat ini (S. 2: 102) berkenaan dengan peristiwa tersebut.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim yang bersumber dari Abil-'Aliah.)

Asif bin Barkhiya merupakan ilmuwan yang menguasai teknologi teleportasi, bukan ilmu sihir karena sihir selalu menggunakan jin. Sedangkan jin Ifrit yang merupakan jin cerdik pun tidak bisa mengalahkan teknologi itu. Teknologi tinggi bagi orang yang tidak menguasai pun laksana sihir. Seperti di jaman sekarang pun teknologi masih sangat menakjubkan bagi orang awam yang tidak tahu cara kerjanya. Kesimpulannya yaitu teknologi teleportasi sudah dikuasai ilmuwan di jaman Nabi Sulaiman. Tantangan bagi manusia jaman kini untuk kembali menguasasi teknologi itu.

Wallahu ’alam bishawab.

Tuesday, 29 November 2011

bismillah.......saya menulis blog ini agar di jadikan panduan dan pedoman buat semua termasuklah diri saya sendiri. kita sebagai seorang manusia memang tidak sempurna dan sering kali melakukan kesilapan yang kadang-kadangnya kita sengaja dan kadang-kadang tidak disedari kita. subhanallah sememangnya Allah itu maha mengetahui bahawa manusia itu selalu melakukan kesalahan dan kemaksiatan kepadanya. oleh itu, jika saudara perasan hampir di setiap penghujung ayat azab ataupun ayat larangan ada firmanya yang bermaksud ALLAH MAHA PENGAMPUN.

SEPULUH TANDA-TANDA BESAR TIBANYA HARI KIAMAT


Ertinya :

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".
(H.R Muslimi)