Thursday 30 October 2014

falsafah ibnu sina

PEMIKIRAN IBNU SINA

Kami akan mengupas fahaman ataupun aliran cara Ibnu Sina berfikir. Kita akan dapati ada sesetengah pandangan yang dikeluarkannya agak bercanggah dengan dengan prinsip aqidah islam seterusnya mendapat kritikan daripada salah seorang ulama’ terkemuka dunia yang akan kami kupas dalam kertas hasil kajian ini. 

Falsafah al-Faydh
Al-Faydh ataupun lebih kita fahami sebagai teori emanasi atau “emanation” membawa pengertian proses munculnya sesuatu daripada pancaran yang dipancarkan sama dengan yang asal. Emanasi ialah satu proses yang terjadi daripada wujud yang beraneka. Menurut filosof yakni orang yang mengamalkan falsafah dalam hidup mereka, emanasi membawa erti ragam atau bentuk yang bersifat kejiwaan atau material yang berasal daripada wujud yang menjadi sumber dan sesuatu iaitu tuhan. Hal demikian menjadi sebab segala yang ada atau setiap yang wujud  merupakan sebahagian daripada tuhan.
  Teori emanasi Ibnu Sina tidak jauh bezanya dengan yang diamati oleh al-Farabi.  Bagi Ibnu Sina ,Tuhan sebagai akal murni memancarkan akal pertama dan dari akal pertama memancar akal kedua dan langit pertama, demikian seterusnya sehingga tercapai akal kesepuluh dan bumi. Dari akal kesepuluh memancar segala apa yang terdapat di bumi yang berada di bawah bulan. Akal pertama adalah Malaikat tertinggi dan akal kesepuluh adalah Jibril. 
Teori emanasi ini merumuskan kepada “The One”  ataupun “ Yang Satu” hanya dapat keluar “Yang Satu”. Oleh itu, perkara yang keluar daripada Tuhan ialah sesuatu “Yang Maha Satu”. Setiap perkara tidak dapat disamakan dengan Tuhan kerana merujuk kepada keEsaan Tuhan. Dalam hal ini Ibnu Sina berbeza pendapat dan pandangan dengan al-Farabi. Al-Farabi menyatakan bahawa dari “ sesuatu yang Maha Satu” itu keluar pergandaan secara اثنان yakni secara dua-dua. Manakala Ibnu Sina menyatakan bahawa yang keluar daripada              “ sesuatu yang Maha Satu” ialah secara ثلاثة yakni secara tiga-tiga.
Antara alasan yang diberikan oleh Ibnu Sina atas pendapat tersebut ialah:
1. الأول عقل ( akal pertama) berfikir akan الأول yakni tuhan maka lahirlah istilah “akal” di bawahnya. Namun begitu, “akal” di bawahnya ini lebih rendah daripada الأول عقل       ( akal pertama)
2. Akal yang lebih rendah yakni selepas الأول عقل ( akal pertama) akan berfikir akan zatnya sendiri, maka selepas itu akan terbentuklah القصى الفلك             (cakerawala tertinggi) yang mana peringkat tertinggi iaitu kesempurnaannya ialah النفوس ( jiwa)
3. Waktu yang menyebakkan kemungkinan terjadinya kewujudan yang lebih rendah sebagai hasil daripada pengertian akan zatnya sendiri, maka terjadilah القصى الفلك  (cakrawala tertinggi)
Dengan ini, kami dapat merumuskan bahawa akal terjadi daripada tiga unsur kewujudan yang paling utama menurut Ibnu Sina. Tiga unsur tersebut ialah عقل          (akal), النفوس (jiwa) dan jisim.













Falsafah al-Nafs
Apabila menyentuh berkenaan kejiwaan, tokoh ini sebenarnya memberi perhatian terhadap konsep ini. Ibnu Sina mengaplikasikan teori kejiwaannya berpandukan rujukan dari bahan rujukannya hasil tulisan tokoh terkenal seperti Aristottle, Galius ataupun Plotinus, terutama sekali Aristotle. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna Ibnu Sina tidak berkemampuan melahirkan pendiriannya sendiri. Sebenarnya, beliau banyak melakukan pembaikan dalam teori-teori yang pernah dilahirkan sebelumnya sehingga ia lebih ke arah pemikiran falsafah moden.

Pengaruh Ibnu Sina dalam falsafah kejiwaan tidak dapat disangkalkan bermula dari abad ke-10 masihi sehingga akhir abad ke-19 masihi, terutama melibatkan Gundisallinus, Albert The Great, Thomas Aquinas, Roger Bacon dan juga Dun Scot. Menurut falsafah kejiwaan tokoh ini, ianya merupakan aliran pancaran. Pancaran dari tuhan yang bermula dari pembentukan akal pertama kepada akal kedua dan juga langit pertama sehinggalah tercapai ke akal kesepuluh. Akal kesepuluh inilah akan memancar segala apa yang terdapat di bumi ini. Apa yang dimaksudkan dengan akal pertama adalah Malaikat tertinggi iaitu Malaikat Jibra’il.

Terdapat percanggahan pendapat berkenaan pemikiran ini di antara pengikut Sufi dan Mu’tazilah. Pengikut Sufi berpendapat bahawa kemurnian tauhid mengandungi erti hanya Allah sahaja bersifat ‘Wujud’. Manakala kewujudan yang lain diletakkan sebagai penyimpangan tauhid. Pengikut Sufi meletakkan kewujudan selaian tuhan itu umpama bayangan semata, iaitu hampir menyerupai tetapi bukannya hakiki. Berdasarkan fahaman inilah wujudnya fahaman ‘Wahdatul Wujud’ (Kesatuan Wujud), yang bermaksud wujud bayangan yang bergantung pada yang wujud yang mempunyai bayangan. 

Manakala Pengikut Mu’tazilah berpendapat bahawa usaha memurnikan tauhid menuju kepada ketiadaan sifat-sifat Tuhan. Ahli falsafah Islam yang dipolopori oleh Al-Farabi cenderung kepada Al-Faidh. Iaitu berpendapat bahawa Allah mencipta alam ini untuk menunjukkan kewujudan Allah SWT. Ia boleh disedari melalui bertafakur (berfikir). Kewujudan Tuhan dengan Zat-Nya merupakan prinsip dari peraturan dan kebaikan dalam alam. 

Ibnu Sina menyatakan pendapatanya bahawa akal pertama ini mempunyai dua sifat iaitu sifat wajib iaitu wujudnya sebagai pancaran dari Allah dan sifatnya mungkin wujud apabila dikaji dari segi hakikat diri-Nya ( Necessary by virtual of the necessary being and possible in essence). Pemikiran ini mempunyai tiga objek utama iaitu Tuhan, dirinya sebagai yang wajib wujud dan juga dirinya yang mungkin wujud.

Perkaitan Tuhan inilah timbulnya akal dan akal dari pemikiran tentang dirinya sebagai wajib wujudnya jiwa. Dari jiwa inilah pemikiran tentang dirinya sebagai wujud di langit. Jiwa manusia sama seperti jiwa-jiwa segala yang ada di ala mini, memancar dari akal ke-10.

Konsep kejiwaan Ibnu Sina ini secara umunya terbahagi kepada dua iaitu :
1. Secara lahiriah membincangkan kepelbagaian jiwa (jiwa tumbuhan, haiwan dan juga manusia) Membahaskan tentang kebaikan-kebaikan jiwa manusia, termasuk pengertian jiwa yang sebenar.

2. Secara batiniah pula membincangkan berkenaan wujud dan hakikat jiwa, hubungkait jiwa dengan anggota badan serta keabdian jiwa.

Ibnu Sina membahagikan jiwa ini kepada 3 bahagian iaitu:-
i. Jiwa Tumbuh-tumbuhan
Makanan (nutrition), Tumbuh (growth) dan membiak (Reproduction)

ii. Jiwa haiwan
Bergerak ( Locomotion), Menangkap (perception) yang terbahagi pula dua bahagian iaitu menangkap dari luar pancaindera dan menangkap melalui pancaindera, bersama dengan menerima segala apa yang disedari oleh pancaindera,  yang menyimpan segala apa yang diterima oleh pancaindera bersama, imaginasi yang mampu menyusun yang tersirat dalam representasi, estimasi yang menangkap hal-hal abstrak dan menyimpan koleksi hal-hal abstrak yang diterima oleh estimasi.



iii. Jiwa manusia
Secara praktikalnya mempunyai hubungan dengan anggota badan yang secara teorinya adalah berkaitan abstrak. Kemampuan ini mempunyai peringkat iaitu:
a. Akal yang mempunyai potensi untuk berfikir dan belum diterokai.
b. ‘Intelectual in habits’ iaitu akal yang mulai dilatih untuk berfikir tentang perkara abstrak.
c. Akal yang dapat berfikir tentang perkara abstrak.
d. Akal yang telah berkemampuan berfikir tentang perkara abstrak dengan tidak memerlukan usaha.
Sifat manusia bergantung dari mana pemilikan jiwa yang mereka miliki, samada jiwa tumbuh-tumbuhan, jiwa haiwan dan manusia. Ianya akan mempengaruhi ke atas individu tersebut. Jika jiwa yang dimilikinya menyerupai Malaikat, maka dirinya mendekati sifat kesempurnaan.

Menurut Ibnu Sina, jiwa manusia adalah satu unit yang tersendiri dan mempunyai wujud terlepas dari badan. Jiwa manusia akan timbul setiap kali ada badan yang sesuai dan menerima jiwa yang lahir di dunia ini. Walaupun jiwa tidak jelas secara fizikalnya tetapi kewujudannya akan mempengaruhi gerakan anggota badan yang memiliki jiwa tersebut kepada mengikut jenis jiwa yang dimiliki.

Menurut Al-Ghazali dalam buku falsafahnya yang menyatakan bahawa manusia itu mempunayi identiti yang tetap dan tidak berubah (Al-Nafs). Ia bermaksud kemampuan berdiri sendiri yang tidak bertempat. Dan merupakan tempat penyimpanan pengetahaun-pengetahuan intelektual (Al-Ma’aulat) yang berasal dari alam Al-Malakut atau Al-Amr. Al-Ghazali menegaskan bahawa manusia terdiri atas dua perkara pokok iaitu perkara yang berdimensi dan tidak berdimensi tetapi mempunyai kemampuan merasa dan bergerak dengan kemahuan. Perkara pertama dinamakan sebagai badan (al-jism) dan perkara kedua disebut jiwa (al-Nafs). Menyerupai pendapat Ibnu Sina.

Terdapat 4 dalil yang dikemukakan oleh Ibnu Sina untuk membuktikan adanya jiwa iaitu:
1. Dalil Alam iaitu kejiwaan (natural psikologi)
Pada diri kita ada peristiwa yang tidak mungkin di tafsirkan kecuali sesudah mengakui adanya jiwa. Peristiwa – peristiwa tersebut adalah gerak dan pengenalan (idrak, pengetahuan). Gerak ada dua jenis iaitu :

i. Gerak Paksaan (harakah qahriah) yang timbul akibat dorongan dari luar dan menimpa sesuatu benda kemudiannya menggerakkannya.
ii. Gerak rela. Gerak ini juga terbahagi kepada dua iaitu:
a. Gerak sesuai dengan ketentuan hukum alam seperti gravity (iaitu jatuh dari atas ke bawah)
b. Gerak yang melawan hukum alam seperti manusia yang berjalan, tetapi berat badannya menyebabkan dia kaku, ataupun terlalu ringan sehingga mampu terawang di udara seperti burung-burung yang memiliki kemampuan terbang. Gerakan ini berlaku dengan adanya penggerak iaitu jiwa.
Menurut Ibnu Sina, pengetahuan tidak dimilik keseluruhan makhluk tetapi masih dimilki oleh sebahagian daripadanya. Kebiasaannya, makhluk yang memiliki pengetahuan ini mempunyai kelebihan berbanding dengan makhluk yang lain. Pendapat ini berdasarkan dalam buku yang bertajuk ‘De Anima’ (Jiwa) dan ‘Physics’ yang ditulis oleh Aristotle. Walau Bagaimanapun, terdapat kelemahan pada pendapat tokoh ini, antaranya menyatakan bahawa ‘Natural’ itu dihalalkan dan benda-benda tersebut mempunyai satu nilai, walau terdiri dari satu unsur tetapi mempunyai susunan yang berbeza. Tiada  dalamnya untuk menyatakan perkara-perkara yang berkaitan melawan ketentuan alam, tetapi sesuai dengan identitinya yang khas. Kebiasaannya mengikut kesesuaian fenomena yang berlaku tanpa disertai kekuatan psikologi.
Kelemahan ini disedari oleh Ibnu Sina, melalui penulisan yang berikutnya seperti buku Al-Syifa dan Al-Isyarat, pendapat tersebut dimasukkan dan dijelaskan secara sepintas lalu sahaja. Kali ini penulisan beliau berfokuskan kepada pandangan berdasarkan pemikiran dan jiwa.

2. Dalil Aku dan kesatuan tanda-tanda kejiwaan
Menurut Ibnu Sina, apabila seseorang memperkatakan tentang dirinya atau mengajak berbual dengan orang lain. Hal ini dikatakan sebagai jiwanya tetapi bukan badannya. Contohnya, jika ketika kita menyatakan “saya keluar” atau “Saya tidur”, bukannya pergerakan anggota yang dimaksudkan tetapi berkenaan hakikat pada diri  kita.

3. Dalil kelangsungan 
Pendapat ini menjelaskan bahawa apa yang kita nikmati sekarang bermula dari kejadian masa sebelumnya. Dan menentukan keadaan masa depan. Pendapat Ibnu sina menceritakan bahawa, kehidupan kita pada pagi ada hubungannya dengan kehidupan yang lampau. Jika kita mengalami perubahan, maka gerakan dan perubahan-perubahan tersebut mempunyai pertalian antara satu sama lain dan umpama berangkai. Ianya akan berputar-putar berpandu pada titik tarik yang tetap.

Menurut Ibnu Sina juga menyakan Dalil kelangsungan membuka ciri kehidupan fikiran paling khas dan mencerminkan penyelidikan dan perbahasan yang mendalam, bahkan mendahului masa berabad kerana pendapatnya ini telah diamalkan oleh Ilmu Jiwa moden dan mendekati tokoh-tokoh pemikir masa kini.

4. Dalil Orang terbang atau bergantung di udara (terawang-awangan)
Dalil ini adalah dalil yang terindah dari Ibnu sina dan jelas menunjukkan daya kreativitinya. Walaupun dalil ini seoerti pandangan berdasarkan khayalan, tetapi tidak melemahkan untuk membentuk keyakinan. Antara yang dijelaskan dalam dalil ini seperti berikut: “ Andaikata ada seseorang yang mempunyai kekutan yang penuh, baik akal mahupun jasmani, kemudian ia menutup matanya sehingga tidak dapat melihat sama sekali apa yang berlaku di sekelilingnya, kemudian dia diletakkan di udara atau dalam kekosongan, sehingga dia tidak merasakan sesuatu sentuhan atau pemberontakan, anggota badannya disusun sehinga tiada sentuhan apa-apa pada permukaan. Namun orang tersebut tiada keraguan tentang dirinya, walaupun ianya sukar menetapkan kewujudan salah satu anggota badannya, fokus pemikirannya hanya satu iaitu ‘jiwa’.
Dalil ini sama seperti dalil ‘descartes’, berdasarkan satu hipotesis, bahawa pengetahuan yang berbeza haruslah ada perkara-perkara yang berbeza. Seseorang dapat melepaskan dirinya dari segala sesuatu kecuali jiwanya yang menjadi intipati keperibadiannya. Jika kebenaran dalam alam ini kita ketahui dengan adanya perantara, biasanya kebenaran yang kita ketahui dengan langsung iaitu jiwa. Kita tidak akan boleh meragukan tentang kewujudannya walaupun seketika.








Falsafah al-Wujud
           Ibnu Sina juga membicarakan sifat wujudiah sebagai yang terpenting dan mempunyai kedudukan yang tetinggidari segala sifat lain, walaupun esensi sendiri. Menurut Ibnu Sina esensi terdapat dalam akal manakala wujud terdapat di luar akal. Wujud lebih penting kerana wujudlah menyebabkan esensi mempunyai kenyataan di luar akal. Kalau dikombinasikan wujud dan esensi dapat kombinasi berikut : 
1) Esensi yang tidak mempunyai wujud. Menurut Ibnu Sina sesuatu yang mustahil berwujud (Mumtani’ Al-Wujud).
Contoh : Adanya sekarang alam semesta lain di samping alam semesta yang ada.
2) Esensi yang mungkin mempunyai wujud dan mungkin tidak mempunyai wujud (Mumkin Al-Wujud).
Contoh : Alam ini pada mulanya tidak ada, kemudian ada dan akhirnya akan hancur 
                Menjadi tidak ada.
3) Esensi yang mesti ada wujud (Wajib Al-Wujud). Esensi tidak dapat dipisahkan dengan wujud.
Contoh : Tuhan (Pencipta). Tiada permulaan dan wujud selama-lamanya.











Falsafah Kenabian
Pada tingkat intelektual, perlunya wahyu kenabian dibuktikan. Ibnu Sina membangun seluruh teori tentang pengalaman intuitif, manusia sangat berbeza-beza berdasarkan kekuatan-kekuatan intuitif mereka dalam kualiti maupun dalam kuantitinya dan sementara sebahagian orang hampir sama sekali tak memiliki pengalaman intuitif itu. Yang lain memilikinya dalam kadar yang tinggi, sehingga orang dianugerahi keluarbiasaan memiliki hubungan menyeluruh dengan realiti. Wawasan yang menyeluruh, kemudian mewujudkan tesis-tesis tentang sifat dasar realiti dan tentang sejarah masa depan, dan wawasan inipun bersifat intelektual dan moral spiritual sehingga pengalaman kenabian itu tentu memenuhi kriteria filosofi ataupun moral. Berdasarkan wawasan kreatif inilah Nabi menciptakan nilai-nilai moral baru dan mempengaruhi sejarah masa mendatang. Komitmen psikologis moral dari wawasan inipun merupakan keimanan Nabi serta percakapannya dalam pengetahuan yang benar dan dalam penelitian moral yang tepat. Wawasan kreatif tentang pengetahuan dan nilai-nilai diistilahkan oleh Ibnu Sina dengan akal aktif dan diidentitikan dengan Malaikat pembawa wahyu.
Wawasan intelektual spiritual merupakan kurnia tertinggi yang dimiliki Nabi. Ia tak dapat bertindak kreatif dalam sejarah semata-mata berdasarkan kekuatan wawasan itu. Sifat pembawaan kedudukan yang dipegangnya menghendaki agar sayugianya menghadap umat manusia berbekalkan risalah, mempengaruhi mereka dan benar-benar berhasil misalnya. Nabi harus memiliki imaginasi yang kuat dan hidup, bahwa kekuatan fiziknya sedemikian kuat hingga ia harus mempengaruhi bukan hanya pemikiran orang lain melainkan juga seluruh materi pada umumnya, bahwa ia mampu melontarkan suatu sistem sosial politik.
Dengan kualiti imaginasi yang luar biasa kuatnya, pemikiran Nabi selalu keniscayaan psikologi yang mendorong, mengubah kebenaran-kebenaran akal murni dengan konsep-konsep menjadi imaginasi-imaginasi dan simbol-simbol kehidupan yangs sedemikian kuat sehingga orang yang mendengar atau membacanya tidak hanya menjadi percaya tetapi juga terdorong untuk berbuat sesuatu. Wahyu-wahyu yang terdapat dalam kitab-kitab suci keagamaan sebahagian besar berupa perintah dan keharusan, sehingga perlu ditafsirkan untuk mendapatkan kebenaran yang tertinggi, mendasar dan spiritual. Wahyu dalam pengertian teknikal  inilah yang mendorong manusia untuk beramal dan menjadi orang baik, tidak hanya murni sebagai wawasan intelektual dan ilham belaka, maka tak ada agama yang hanya berdasarkan akal murni. Kerana itu, Nabi perlu menjadi seorang pembuat hukum dan seorang negarawan tertinggi. Hukum (syariah) ini mesti demikian rupa sehingga berhasil guna dalam membentuk masyarakat yang baik, harus memperingatkan   mereka akan Tuhan pada setiap langkah; dan harus pula menjadikannya sebagai tolak ukur pendidikan bagi mereka dalam rangka membuka mata mereka terhadap apa yang ada dalam bentuk lahiriahnya, sehingga mereka memahami tujuan-tujuan spiritual sejati Sang pembuat  hukum.
Harun Nasution memberikan huraian tentang falsafah Kenabian dalam pemikiran Ibnu Sina, iaitu ; akal mempunyai empat tingkat dan terendah di antaranya ialah akal jisim. Adakalanya Tuhan menganugerahkan kepada manusia akal materi yang besar lagi kuat, yang oleh Ibnu Sina diberi nama al-Hads, iaitu intuisi. Daya yang ada pada akal jisim serupa ini begitu besarnya, sehingga tanpa melalui latihan dengan mudah dapat berhubungan dengan akal aktif dan dengan mudah dapat menerima cahaya atau wahyu dari Tuhan. Akal yang serupa ini mempunyai daya suci. Inilah bentuk akal tertinggi yang dapat diperoleh manusia dan terdapat hanya pada Nabi-nabi.












PENGARUH PEMIKIRAN YUNANI

Pemikiran Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh tokoh falsafah Yunani. Beliau pernah membaca buku berkenaan metafizik yang dikarang oleh Aristotle sebanyak 40 kali. Pengaruh pemikiran ini kelihatan dalam pandangan beliau dalam perubatan dan falsafah. Beliau berpendapat bahawa matematik boleh digunakan untuk mengenal tuhan. Fahaman sama pernah dilontarkan oleh tokoh falsafah Yunani iaitu Pythagoras. Pythagoras menggunakan matematik untuk menghuraikan sesuatu kejadian. Pytthagoras berpendapat bahawa sesuatu barangan mempunyai angka-angka dan angka itu berkuasa di alam ini.
Ibnu Sina juga telah mengarang sebuah kitab di mana di dalamnya terkandung sebuah bab yang berbunyi Himah Ilahiyyah. Dalam bab ini disebut dalam fasal “Tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan jirim atasan” telah mendapat sambutan yang kurang baik apabila dikritik hebat oleh Hujjatul Islam, Imam Ghazali Rahimahullah. Fasal ini membincangkan pemikiran dan falsafah ketuhanan Ibnu Sina.
Kebanyakan aliran pemikiran Ibnu Sina memang terpengaruh dengan pemikiran Yunani kerana beliau banyak mengkaji mengenai falsafah Yunani dan Greek. Bahkan dalam bidang perubatan juga beliau tertarik dengan pandangan teori Yunani yang menyatakan bahawa kesihatan seseorang mempunyai hubungan dengan unsur humor iaitu, darah, lendir, hempedu kuning dan hempedu hitam. Semua unsur tersebut harus berada pada tahap keseimbangan atau manusia tersebut akan dijangkiti penyakit.
Ibnu sina telah menukar pandangan tersebut ke arah lebih Islamik apabila menyatakan tubuh manusia dipengaruhi oleh unsur api, air, tanah dan angin. Keempat  empat unsur ini melambangkan panas, sejuk, lembap dan kering serta bergantung pada unsur semula jadi yang terdapat di alam ini. Beliau percaya perlu ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit.



KRITIKAN IMAM GHAZALI

Imam Ghazali merupakan seorang tokoh ulama’ yang giat memperjuangkan aqidah islam yang sebenar. Beliau menentang keras aliran pemikiran dan falsafah yang bertentangan dengan syara’ islam. Beliau digelar Hujjatul Islam disebabkan usaha beliau ini. Beliau di dalam kitabnya yang mahsyur Tahafat al-Falasifah telah mengkritik banyak tokoh-tokoh pemikir islam. Salah seorang yang tidak terlepas daripada kritikan tersebut ialah Ibnu Sina.
Imam Ghazali telah menghukum sesat kepada Ibnu Sina kerana Ibnu Sina telah terpengaruh serta bersetuju dengan pandangan Phythagoras dimana angka-angka mempunyai kuasa di alam ini. Ibnu sina menyatakan bahawa matematik boleh digunakan untuk mengenal tuhan.
Walaubagaimanapun, Ibnu Sina di dalam kitabnya An-Najah telah menyangkal dakwaan tersebut. Beliau tidak pernah menolak kekuasaan serta keEsaan Tuhan.  Ibnu Sina telah menyatakan bahawa pencipta yang dinamakan sebagai "Wajib al-Wujud" ialah satu. Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dibahagikan dengan apa-apa cara sekalipun. Menurut Ibnu Sina, segala yang wujud (mumkin al-wujud) terbit daripada "Wajib al-Wujud" yang tidak ada permulaan.
Penulisan Ibnu Sina dalam Himah Ilahiyyah turut mendapat kritikan hebat. Imam Ghazali mempertikaikan penulisan Ibnu Sina kerana ia dianggap sesuatu yang tidak patut untuk difikirkan oleh manusia. Ibnu Sina telah berusah untuk membahaskan sifat zat Tuhan. antara yang dipertikaikan ialah penyangkalan terhadap kepercayaan dalam keabadian terhadap planet bumi, penyangkalan terhadap penafian Ibnu Sina mengenai kebangkitan jasad manusia dengan perasaan kebahagian dan kesengsaraan di syurga dan neraka.
Namun begitu, suka untuk kami ingatkan agar kita tidak mudah menghukum Ibnu Sina dan kami serahkan kritikan yang dilontarkan kepada Allah untuk di adili.

         

Thursday 29 May 2014

as sisi pengkhianat bumi mesir


tindakan as sisi adalah persis seperti yang pernah dilakukan dahulu oleh mustafa kamal attartuk..
mustafa kamal telah berusaha menjatuhkan khilafah islamiyyah dan apabila telah berjaya menjatuhkannya dia telah menjalankan satu pilihan raya untuk melantik presiden turki..
pilihan raya yang tidak serupa pilihan raya apabila dia telah diyakini akan memenangi pilihan raya tersebut walau apa pun yang terjadi...mayatnya tidak boleh disemadikan mengikut kebiasaan kerana dengan takdir Allah bumi tidak dapat menerima pengkhianatan yang telah dia lakukan kepada dunia islam...
kini apabila Dr Morsi cuba menghidupkan kembali daulah islamiyyah di Mesir, abdel fattah as sisi sekali lagi menjadi tali barut kepada israel dan berusaha menjatuhkan Dr morsi...hal ini terbukti apabila as sisi sewaktu kempen pilihan rayanya telah ditanggung oleh israel dengan dana yang cukup besar...
Tindakan ini amatlah dilaknat dan satu pengkhianatan yang cukup besar sama seperti yang pernah dilakukan oleh mustafa kamal suatu ketika dahulu..
Wallahua'lam

Wednesday 21 May 2014

gemilang islam

seperti yang kita semua sedia maklum ISLAM akan kembali gemilang di akhir hayat bumi ini atau pun boleh kita katakan penghujung dan pengakhiran seluruh hidupan di muka bumi ini. seperti yang telah ALLAH S.W.T tetapkan dan tertera di LUH MAHFUZ Islam akan kembali gemilang dan menguasai dunia seperti dahulu kala. akan tetapi harus diingat bahawa kafir laknatullah sentiasa berusaha untuk menjatuhkan umat Islam dan memalukan umat Islam. mereka sering mengadakan propaganda bahawa ISLAM berunsur keganasan dan bukan keamanan. beberapa perkara yang telah mereka timbulkan seperti 11 september sebagai contohnya. ramai umat islam yang lemah imannya serta tidak mempunyai pengetahuan serta kebenaran peristiwa itu telah menyalahkan islam sendiri padahal perkara ini tidak pernah terjadi. ketika perkara itu berlaku maka benarlah sabda nabi Muhammad S.A.W' yang menyatakan bahawa UMAT ISLAM PADA AKHIR ZAMAN MEMANGLAH RAMAI TETAPI MEREKA HANYA ISLAM PADA NAMANYA SAHAJA. Mereka ini yang nabi sebutkan ialah orang-orang yang munafiq yang berpura-pura baik sedangkan hatinya hitam dan busuk. jusretu, umat Islam haruslah membentuk IMAN serta memperbaharui Iman dengan mengucapkan kalimah LAILAHAILLALAH. INSYAALLAH iman kita akan sentiasa di pelihara oleh ALLAH YANG MAHA BERKUASA. sekiranya anda mahu tahu lebih banyak ilmu tekanlah diatas dan baca semua post yang ada dan semoga memberi manfaat kepada kita

Saturday 21 December 2013

jom kejar!!

kejarilah akhirat maka sudah pasti dunia akan hadir dalam hidup tetapi jika dunia yang dikejar maka sudah pasti akhirat akan meninggalkanmu dan belum pasti dunia di dalam genggamanmu..

"barangsiapa yang akhirat itu tujuan utamanya maka Allah jadikan kekayaan dalam jiwanya. Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadaya dalam keadaan hina) iaitu dalam dirinya yang mulia).

Seseiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya maka Allah letakkan kefakiran antara dua matanya. Allah cerai beraikan urusannya dan dunia tidak akan datang kepadanya melainkan apa yang ditakdirkan untuknya iaitu dalam keadaan yang hina"
( riwayat al-tirmizi)

Saturday 7 December 2013

ilmu

ilmu...
ramai yang mencari namun tidak ketemu..
dek kerana keegoan dan kesombongan diri..
malas untuk berguru...
hanya bertaklid buta dengan menelaah..
betapa gembiranya syaitan..
menyesatkan dengan mudah setelah pencinta ilmu ini
menjadikan syaitan sebagai gurunya..

ilmu...
ramai yang tersalah langkah..
menyangka agama itu hanya ibadah..
leka dengan ilmu dunia..
bermegah dengan gelaran Dr..
tanpa sedar.
diri jahil dalam agama..
semua tindakan dimurkai Illahi..
alangkah ruginya diri...

Friday 31 May 2013

cara mengesan hati yang mati


jom check sama ada hati kita sihat ataupun sakit...sakit di sini merujuk kepada spiritual dan kerohanian yang rosak..

Hassan al-basri telah menerangkan cara-cara untuk scan sama ada hati kita sakit ataupun sihat...ia boleh di tentukan dengan mengenalpasti:
1) sewaktu kita solat
2) sewaktu kita membaca al-quran
3) sewaktu kita berzikir

sekiranya kita tidak dapat merasai kemanisan iman dalam beribadah maka hati kita tidak lagi sihat..
oleh itu berusahalah kita utuk memelihara kesihatan hati kerana hati yang sakit dan mati lebih berbahaya daripada jasad yang mati...
hal ini adalah kerana jasad yang mati dapat dikuburkan tetapi hati yang mati tidak dapat dikuburkan malah jasad tersebut akan menjadi tidak berguna dan dipandang hina oleh manusia..

Thursday 30 May 2013

ilmu paling berguna

dalam banyak-banyak ilmu..ilmu agama paling berguna..
kalau belajar ilmu dunia hanya dapat dunia tapi
kalau belajar ilmu agama dapat dunia dan akhirat..
islam kan syumul

Sunday 7 April 2013

PRU 13!!!!! siapa patut di pilih??

bismillah

dah nak masuk fasa pilihan raya di malaysia. jadi di harapkan para pengundi dapat membuat pilihan yang tepat demi untuk negara. mari kita lihat ciri pemimpin yang sesuai diundi nanti.



tak perlu sombong


awak! ye awak yang sedang membaca ni..
mak cakap jangan sombong dengan Allah
jangan sombong dengan manusia..
sebab kalau sombong boleh masuk neraka..

apa awak? awak tak percaya?
ok kita buktikan eh..
"Orang-orang yang sombong akan dihimpunkan pada hari kiamat seperti dalam bentuk semut-semut kecil dengan rupa manusia, dari segala tempat datang kehinaan kepada mereka, mereka digiring ke penjara neraka jahannam yang di sebut Bulas, di bahagian atasnya api yang menyala-nyala dan mereka diberi minuman dari kotoran penghuni neraka".
(HR. Tirmizi & Ahmad, dihasankan oleh Syeikh Al-Albani dalam Al-Misykat)

Tuesday 26 February 2013

indahnya



Uwais al-qarni bukan seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W kerana beliau tidak pernah berjumpa dengan Nabi. Nabi bercerita kepada para sahabat mengenai uwais al-qarni di mana beliau ini seorang yang doanya di mustajabkan oleh Allah Taala. Mustajabnya doanya kerana ketaatannya kepada ibunya..

Maka para sahabat tercari-cari dimana uwais al-qarni sehinggakan semua rombongan kabilah yang tiba dari yamen akan di tanya oleh Umar tentang Uwais.
pada zaman saidina umar al-khattab, ada satu rombongan daripada yaman dan di khabarkan kepada saidina umar bahawa saidina uwais turut serta dalam rombongan itu.. maka saidina umar pergi mencari uwais dan rupa-rupanya uwais hanya seorang penjaga kuda.

maka Umar berkata"nabi pernah menyebut nama mu, aku memohon agar engkau mendoakan agar Allah mengampunkan aku"

Subhanallah..lihatlah para sahabat seperti Umar sekalipun sudah di janjikan syurga oleh nabi memohon agar uwais mendoakan beliau diampunkan dosanya oleh Allah..
inikan pula kita yang tidak ada apa-apa pun..

Monday 25 February 2013

jangan takut...Allah maha pengampun


siapakah yang mampu menghalang taubat seseorang hamba kepada tuhannya?
tidak ada sama sekali..
hayatilah sebuah hadis ini

Hadis Abu Hurairah r.a:
Nabi s.a.w bersabda tentang apa yang baginda terima dari Allah s.w.t katanya: Seorang hamba Allah melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: Hamba-Ku telah melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa.

Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa.

Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: HambaKu melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Oleh itu buatlah sesuka hatimu, Aku akan ampunkan dosamu.

Hamba tersebut berkata: Aku tidak tahu sehingga kali ketiga atau keempat aku meminta keampunan, tetapi Allah s.w.t tetap berfirman: Buatlah sesuka hatimu, Aku tetap akan mengampunkan dosamu.

(Riwayat Muslim)

Wednesday 13 February 2013

hatib bin abi baltaah

inilah kemulian ahli badar:

sesungguhnya para sahabat yang terutama adalah daripada sahabat yang menyertai peperangan badar..
hatib bin abi baltaah merupakan seorang pejuang badar. sebelum pembukaan kota mekah rasulullah s.a.w. telah mengarahkan sahabat agar mengumpulkan bala tentera dan bekalan serta kelengkapan peperangan. kebijaksanaan rasulullah yang juga seorang pakar ketenteraan telah terserlah apabila baginda tidak memberitahu tujuan dan keamana anggota tentera tersebut akan di tempatkan..

hatib dapat mengagak bahawa anggota tentera itu di tujukan ke mekah lalu beliau telah membuat satu kesalahan yang sangat besar dengan mengirim surat ke pemimpin quraisy mekah. walaupun hatib bukannya orang mekah tetapi beliau mempunyi anak dan isteri di sana. dengan kebesaran Allah Taala rasulullah telah mendapat wahyu akan perkara itu lalu baginda mengirimkan dua orang sahabat untuk menjejaki surat itu.

hatib telah menyerahkan surat tersebut kepada seorang wanita dan di arahkannya untuk menghantarnya kepada pemimpin mekah. sahabat nabi berjaya mengesan lokasi wanita tersebut dan memintanya agar menyerahkan surat tersebut tetapi wanita tersebut menafikannya. maka mereka mencari di bungkusan wanita tersebut tetapi tidak jumpa juga. maka berkata saidina ali, salah seorang daripada sahabat yang di utuskan oleh rasulullah kepada wanita tersebut:

demi Allah! aku yakin nabi takkan pernah berbohong. baik kamu serahkan surat tersebut..wanita tersebut takut melihat saidina ali yang menjadi marah lalu menyerahkan surat tersebut yang di simpan di dalam kain di badannya..

maka mereka pun pulang membawa surat itu berjumpa rasulullah. nabi menunjukkan sikap kepimpinannya dengan memanggil hatib dan menanya dengan penuh kelembutan. kemudian berkata hatib bin abi baltaah:
semenjak aku beriman tidak sekali pun aku berniat untuk mengkianti Allah dan rasulnya. aku kirim surat itu kepada pemimpin mekah dengan harapan mereka akan mengasihani aku dan membawa pergi isteri dan anak-anakku sebelum engkau melancarkan serangan kepada mekah maka mereka tidak akan terbunuh..
rasulullah berkata: engkau benar wahai hatib

saidina umar yang berada di samping rasulullah tidak dapat menahan marahnya lalu meminta kepada nabi untuk memancung kepala hatib lalu rasululah berkata: apa yang engkau tahu wahai umar. sesungguhnya hatib ialah ahli badar dan Allah mengangkat ahli badar dan mengampunkan dosa mereka.

Wednesday 6 February 2013

tawadhuk imam syafie


syair imam syafie:

aku sayangkan orang soleh walaupun aku bukan di kalangan mereka
moga-moga aku mendapat syafaat mereka..
aku bencikan orang yg jual beli maksiat walaupun kami sama-sama berdagang dengan mereka..

apabila imam hambali mendengar syair tersebut maka beliau membalas syair tersebut:

engkau sayangkan orang soleh sedangkan engkau di kalangan mereke dan engkau telah menambahkan kemulian mereka..
engkau bencikan orang yang berdagang dengan maksiat dan Allah telah memelihara engkau daripada kemaksiatan itu

begitulah tawadhuknya al-imam syafie rahimahullah

Wednesday 23 January 2013

Apakah ertinya yang sebenar maulidur rasul kepada kita umat islam? adakah sekadar berarak daripada masjid ke sesuatu destinasi yang lain sambil di selangi dengan selawat sampaikan hilang suara dan hari kemudiannya langsung tidak kita berselawat?

ramai dikalangan kita yang menjadikan maulidur rasul ini sebagai satu hiburan semata tanpa mempedulikan perjuangan baginda S.A.W. dalam menegakkan islam...umat apakah kita sekiranya sunnahnya diabaikan....
itu tidak mengapa lagi, ada pula yang sampai menentang hukum islam dan mempersoalkan sunnahnya..
Allahu Allah...apa nak jadi dengan dunia ini...

sahabatku sekalian bersempena dengan maulidur rasul ini ayuh kita kenangkan perjuangan nabi untuk menegakkan islam dan bersama kita berusaha untuk tegakkan islam di muka bumi Alllah ini...
harus diingat bahawa sambutan maulidur rasul ini adalah bida'ah tetapi ianya adalah bida'ah hasanah yang boleh diamalkan....

dalam membetulkan minda umat islam bahawa sambutan ini bukanlah sunnah baginda dan harram hukumnya sekiranya kita mengatakan ia adalah sunnah baginda...

berikut adalah hujjah bagaimana maulidur rasul ini dibenarkan dalam islam:



Antara ulama yang menyokong Maulidur Rasul terutamanya Imam Jalaluddin Sayuti dan Sheikh Dr. Yusuf Al Qaradawi.

Imam Jalaluddin Sayuti:
"Ibadat macam itu adalah bidaah hasanah (bidaah baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia".

Sheikh Dr. Yusuf al Qaradawi: "Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah.
"Ini kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah itu kekal di dalam hati dan juga ingatan.

"Sa'd bin Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah kepada kanak-kanak sama seperti mana keghairahan mereka mendidik anak-anak itu mengenai al-Quran.

"Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah, maka tidak perlulah merayakan seperti mana dirayakan Maulid Rasul kini.

"Bagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya.

"Dengan itu, perayaan Maulid Rasul diadakan bertujuan mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah masih hidup. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam.

"Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bidaah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam".

Antara dalil bagi yang membolehkan Maulid ini:

1) Allah berfirman yang bermaksud: Maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (al-Quran) mereka itulah yang beruntung. (al-A'raf: 157)
Keterangan: Tujuan maulud adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad. Maka perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut.

2) Firman Allah yang bermaksud: Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah. (Ibrahim: 5)
Keterangan: Al-Baihaqi di dalam Syakbu al-Iman daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi SAW, sesungguhnya baginda menafsirkan 'hari-hari Allah' adalah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma'ani menjelaskan lagi dengan katanya "kelahiran Nabi merupakan nikmat yang paling besar".



Sunday 16 December 2012

Penghancur atau Pemangkin

hayatilah kata-kata ini walaupun daripada saya yg kurang ilmunya...
kalau belajar sejarah try perhatikan..
apabila umat islam tinggalkan agamanya dia akan jatuh(contohnya kerajaan uthmaniyyah di turki tewas kerana mustafa kamal yg mencipta kemungkaran)

apabila orang kristian tinggalkan agamanya mereka berjaya..tetapi kalau ikut kecundang(zaman renaisance paderi hidup seperti pembesar, jual sijil la dan sebagainya)

so, anda ingin menjadi pemangkin kecemerlangan islam ataupun faktor runtuhnya islam?

pilihan di tangan anda...anda mampu mengubahnya

kalau dilihat pada zaman ini bagaimana Islam boleh ditindas dan dipijak sesuka hati oleh golongan kafiruun adalah disebabkan hilangnya agama dalam jiwa anak-anak muda dan pemimpin dunia....

ada yang tidak tahu langsung mengenai fardu ain didalam agama menunjukkan Jahilliyah moden telah kembali.
itu boleh dimaafkan lagi..
tetapi kalau ilmu agama penuh di dada tetapi tiada penghayatan dan sanggup memutar belitkan hukum demi kepentingan peribadi, inilah perosak utama agama kita...

SEPULUH TANDA-TANDA BESAR TIBANYA HARI KIAMAT


Ertinya :

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".
(H.R Muslimi)