Sunday 4 December 2011

teguran baik untuk mukmin sejati

bismillah...
seringkali kita melihat dan menerima teguran daripada orang orang lain berkaitan dengan hal agama. persoalannya ialah adakah kita ini jenis yang boleh menerima teguran ataupun tidak. ad sesetengah orang yang sangat sukar menerima teguran sehingga sanggup memarahi orang yang menegur. subhanallah apa sudah mnahu jadi dengan diri kita ini sehingga sanggup memarahi malahan memukul orang yang memberi teguran kepada kita. adakah kita ini terlalu jauh sesat di dalam lautan maksiat ataupun orang yang mnenegur itu yang salah. teatapi selalunya orang yang ditegur itu telah melakukan kesalahan dan ditegur oleh orang lain. kita selalunya sebagai manusia yang lemah tidak menyedari akan kesilapan yang dilakukan tetapi telah dibantu oleh orang lain untuk membawa kita ke pangkal jalan. manusia yang telah tersilap selalunya mempunyai egonya untuk mengakui kesilapannya sebaliknya mahu mempertahankan kesalahan yang dilakukan seperti perkara yang salah itu betul. orang ini boleh diumpamakan sebagai orang yang munafiq. Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.

Riwayat Ahmad

oleh itu apabila sudah tahu diri tu salah cepat2 bertaubat kepada ALLAH dan mengakui kesalahannya yang telah dilakukan.Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. Az-Zumar: 53)

No comments:

Post a Comment

SEPULUH TANDA-TANDA BESAR TIBANYA HARI KIAMAT


Ertinya :

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".
(H.R Muslimi)