Sunday 16 December 2012

Penghancur atau Pemangkin

hayatilah kata-kata ini walaupun daripada saya yg kurang ilmunya...
kalau belajar sejarah try perhatikan..
apabila umat islam tinggalkan agamanya dia akan jatuh(contohnya kerajaan uthmaniyyah di turki tewas kerana mustafa kamal yg mencipta kemungkaran)

apabila orang kristian tinggalkan agamanya mereka berjaya..tetapi kalau ikut kecundang(zaman renaisance paderi hidup seperti pembesar, jual sijil la dan sebagainya)

so, anda ingin menjadi pemangkin kecemerlangan islam ataupun faktor runtuhnya islam?

pilihan di tangan anda...anda mampu mengubahnya

kalau dilihat pada zaman ini bagaimana Islam boleh ditindas dan dipijak sesuka hati oleh golongan kafiruun adalah disebabkan hilangnya agama dalam jiwa anak-anak muda dan pemimpin dunia....

ada yang tidak tahu langsung mengenai fardu ain didalam agama menunjukkan Jahilliyah moden telah kembali.
itu boleh dimaafkan lagi..
tetapi kalau ilmu agama penuh di dada tetapi tiada penghayatan dan sanggup memutar belitkan hukum demi kepentingan peribadi, inilah perosak utama agama kita...

Thursday 29 November 2012

BACALAH untuk dirimu

tatkala diri sedang bergelumang dengan dosa...leka dibuai fatamorgana dunia. tidaka pernahkah terfikir untuk kembali ke landasan islam yang tidak akan mampu dinafikan akan kebenarannya.. sememangnya tidak akan lari daripada kehidupan seorang anak adam daripada tersilap langkah dan terjerumus ke kancah kedurjanaan dunia dek lemah iman dan jahil dalam ilmu fardu ain serta akidah yang kurang mantap. seperti  juga tidak pernah menyatakan bahawa diri ini dan tidak pernah melakukan kesilapan yang menghukum diri..

      setelah terjatuh kedalam lubang najis dan dipenuhi dengan bau yang busuk maka bangkitlah kembali dengan mandi dan memakai pakaian baru. dalam konteks kehidupan pula kita perlulah segera bertaubat setelah melakukan kemungkaran yang bakal mendapat balasan azab di akhirat kelak agar diri tidaka tersiksa di sana. jangan biarkan diri terus tergelumang dalam kancah tersebut dan menyangka bahawa pintu taubat telah tertutup buat kita kerana selagi nyawa di kandung badan dan selagi itulah kita mampu untuk bertaubat kerana INNALLAHA GHAFURURRAHIM.

       jangan pula menyangka bahawa orang yang selalu melakukan kejahatan itu akan ke neraka dan orang yang disangka alim itu akan ke syurga kerana itu semua adlah kuasa ALLAH S.W.T. tetapi apabila saya menyatakan begini jangan pula di salah erti akan maksud tersembunyi yang cuba saya sampaikan. hal ini adalah kerana sekiranya orang yang berbuat jahat itu sempat bertaubat di pengakhiran nyawa dan mendapat husnul khatimah maka tempatnya adlah syurga ALLAH dan sekiranya orang yang selalu melakukan kebaikan itu membuat sesuatu kejahatan di akhir hayatnya da. mendapat suil khatimah maka tempatnya di neraka.  

    hakikatnya kita tidak boleh menduga bila masanya malaikat izrail akan datang menjemput kita untuk kembali ketempat asal kita iaitu tanah. oleh itu kita perlulah sentiasa bertaubat kepada ALLAH dan perbaharuilah iman sentiasa dengan kalimah mulia LAILAHAILLALLAH....

Thursday 19 July 2012

fasa dalam bulan ramadan


Di dalam satu hadis menyebut :
شَهْرُ رَمَضَانَ أَوَّلُهُ الرَّحْمَةُ وَأَوْسَطُهُ المَغْفِرَةُ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ
Maknanya : Bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya keselamatan daripada api neraka
Inilah kelebihan yang terdapat di dalam bulan Ramadhan. Secara ringkasnya bulan Ramadhan terbahagi kepada 3 fasa iaitu : 
Fasa Pertama : 10 hari yang awal merupakan fasa rahmat
Fasa Kedua : 10 hari berikutnya merupakan fasa keampunan
Fasa Ketiga : 10 hari terakhir merupakan fasa keselamatan daripada api neraka

Friday 13 July 2012

ramadan

ya ALLAH tiba-tiba engkau musibahkan kepadaku dengan ujian yang agak berat kepadaku...aku tidak kisah...tetapi ramadan hanya minggu depad ya tuhanku..aku sering berdoa kepada mu bahawa supaya engkau memberkati bulan syaaban dan sampaikan daku ke bulan yang cukup aku rindu iaitu ramadan...ya ALLAH adakah doa ku ini termakbul atau terhijab hanya engkau shaja yang tahu...

              sampaikanlah daku dalam keadaan yang sangat sihat dan segar agar daku dapat beramal kepadamu. aku tidak mahu amalan ku pada tahun ini di bulan ramadan lebih sedikit daripda tahun sebelumnya kerna belum tentu ku akan bertemu dengan ramadan akan datang.

Friday 15 June 2012

kerana apa...........



nak tau satu benda x..satu kebenaran yang x dapat di sangkal lagi..
daripada rasulullah s.a.w sabda yang bermaksud:"Tali iman yang paling kuat adalah cinta karena Allah dan benci karena Allah." (HR. At Tirmidzi).
   jadi disamping keenakan lagu ini..hayatilah maksudnya....

Monday 27 February 2012

x hebat sangat

siapakah kita sebenarnya? hamba ataupun tuan....apabila di tanya persoalan ini kepada kita, sudah semestinya jawapannya ialah kita ini merupakan seorang hamba ALLAH S.W.T.  TETAPI adakah perbuatan kita ini  melambanagkan identiti seorang hamba. cuba kita kenang dan renung-renungkan bagaimana sebenarnya ciptaan manusi yang sebenarnya hina. kita diciptakan daripada tanah dimana tanah ini sering kali di pijak diludah dan sebagainya. jadi kalau begitu apakah yang kita ingi banggakan sebenarnya. oh saya faham kita ingin mengatakan bahawa kita mempunyai akal dan fikiran yang hebat. kalau begitulah fikiran kita saya rasa kita patut buang jauh2 fikirang itu. hal ini adalah kerana ilmu yang di miliki oleh manusia ini sebenarnya hanya setitik air dilautan jika dibandingkan dengan ALLAH S.W.T. cuba kita fikirkan bagaimana hebatnya pencipta kita ini yang memberi akal kepda kita. sedangkan penerima itu sendiri pun telah di puji inikan pula pemberinya.

  itulah yang patut lakukan. kita sepatutnya memuji ALLAH dan bukannya manusia yang sebenarnya hanya menumpang ilmu yang bakal pergi meninggalkannya.

Tuesday 24 January 2012

Sayangnya ALLAH kepada kita


vuba kita renungkan baik-baik video ini. sekiranya kita mersakan diri kita yang paling tersepit dan sering di uji oleh ALLAH cuba kita lihat kembali dalam kehidupan seharian kita.. ramai lagi orang yang di timpa ujian yang lebih berat daripada kita..sekiranya kita di uji maka bersyukurlah dan ketahuilah bahawa kita di sayangi ALLAH. sekiranya kita melihat orang yang kaya seperti tidak ada ujian dan kesusahan maka kita telah tersilap.. ketahuilah bahawasanya ujian yang paling hebat ialah sewaktu manusia itu berada dalam kesenangan.

Saturday 21 January 2012

maulidur rasul yang berkualiti

Amat memalukan bagi umat terakhir ini apabila di tanya berapa kali mereka pernah bersowalat kepada NABI MUHAMMAD S.A.W.? jawapannya amat menyedihkan. sekiranya dibandingkan dengan kecintaan Nabi Muhammad s.a.w. kepada kita memeang tidak patut kita berbuat begini. antara jawapan yang paling famous ialah sewaktu sambutan maulidur rasul. sewaktu sambutan ini barulah berjuta-juta umat muhammad berpusu-pusu berarak ke seluruh pelusuk negara bagi melahirkan rasa kecintaan kepada nabi muhammad s.a.w kalau begitu bagaimana dengan hari-hari sebelumnya dan selepasnya?


 persoalan ini amat mudah di jawab tetapi susah diamalkan. sedangkan nabi muhammad  sangat kasih sdan sayang kepada kita sehinggakan beliau hendak wafat pun masih menyebut "ummati,ummati,ummati". cuba bayangkan kita hanya bersolawat kepada kita hanya setahun sekali. orang berkata bahawa sekiranya kita menyukai seseorang pasti kita akan mengikutinya. adakah ini bermakna kita tidak benar-benar menyintai nabi muhammad s.a.w. adakah ini hanya penipuan dalam dada kita yang hanya ini menunjukkan kepada orang bahawa kita ini orang yang sangat cintakan kepada rasulnya tetapi sebenarnya munafiq dan pendusta yang sangat hebat. Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda bahawasa "barang siapa yang bersolawat keatasku sekali nescaya Allah akan bersolawat keatasnya sebanyak sepuluh kali".  ada ulama' yang menyatakan bahawa ianya ialah sepuluh pengampunan dosa.. Allah juaga telah berfirman bahawasanya ' Sesungguhnya Allah dan para malaikat selau bersolawat kepada nabi muhammad s.a.w. wahai orang-orang yang beriman selawat dan salam kamu keatasnya". hal ini dengan jelas menunjukkan keawajipan kita supaya bersolawat ke atas nabi muhammad biarpu hanya sekali sehari.

bersempena dengan sambutan maulidur rasul ini marilah kita bersama-sama mengenang kembali jasa nabi muhammad s.a.w dan memperbanyakkan selawat ke atasnya. sabd nabi muhammad yang bermaksud barang siapa yang bersolawat ke tasku nescaya orang itu akan bersamaku didalam syurga.

SEPULUH TANDA-TANDA BESAR TIBANYA HARI KIAMAT


Ertinya :

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".
(H.R Muslimi)