Saturday 21 January 2012

maulidur rasul yang berkualiti

Amat memalukan bagi umat terakhir ini apabila di tanya berapa kali mereka pernah bersowalat kepada NABI MUHAMMAD S.A.W.? jawapannya amat menyedihkan. sekiranya dibandingkan dengan kecintaan Nabi Muhammad s.a.w. kepada kita memeang tidak patut kita berbuat begini. antara jawapan yang paling famous ialah sewaktu sambutan maulidur rasul. sewaktu sambutan ini barulah berjuta-juta umat muhammad berpusu-pusu berarak ke seluruh pelusuk negara bagi melahirkan rasa kecintaan kepada nabi muhammad s.a.w kalau begitu bagaimana dengan hari-hari sebelumnya dan selepasnya?


 persoalan ini amat mudah di jawab tetapi susah diamalkan. sedangkan nabi muhammad  sangat kasih sdan sayang kepada kita sehinggakan beliau hendak wafat pun masih menyebut "ummati,ummati,ummati". cuba bayangkan kita hanya bersolawat kepada kita hanya setahun sekali. orang berkata bahawa sekiranya kita menyukai seseorang pasti kita akan mengikutinya. adakah ini bermakna kita tidak benar-benar menyintai nabi muhammad s.a.w. adakah ini hanya penipuan dalam dada kita yang hanya ini menunjukkan kepada orang bahawa kita ini orang yang sangat cintakan kepada rasulnya tetapi sebenarnya munafiq dan pendusta yang sangat hebat. Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda bahawasa "barang siapa yang bersolawat keatasku sekali nescaya Allah akan bersolawat keatasnya sebanyak sepuluh kali".  ada ulama' yang menyatakan bahawa ianya ialah sepuluh pengampunan dosa.. Allah juaga telah berfirman bahawasanya ' Sesungguhnya Allah dan para malaikat selau bersolawat kepada nabi muhammad s.a.w. wahai orang-orang yang beriman selawat dan salam kamu keatasnya". hal ini dengan jelas menunjukkan keawajipan kita supaya bersolawat ke atas nabi muhammad biarpu hanya sekali sehari.

bersempena dengan sambutan maulidur rasul ini marilah kita bersama-sama mengenang kembali jasa nabi muhammad s.a.w dan memperbanyakkan selawat ke atasnya. sabd nabi muhammad yang bermaksud barang siapa yang bersolawat ke tasku nescaya orang itu akan bersamaku didalam syurga.

No comments:

Post a Comment

SEPULUH TANDA-TANDA BESAR TIBANYA HARI KIAMAT


Ertinya :

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".
(H.R Muslimi)