Thursday 30 October 2014

falsafah ibnu sina

PEMIKIRAN IBNU SINA

Kami akan mengupas fahaman ataupun aliran cara Ibnu Sina berfikir. Kita akan dapati ada sesetengah pandangan yang dikeluarkannya agak bercanggah dengan dengan prinsip aqidah islam seterusnya mendapat kritikan daripada salah seorang ulama’ terkemuka dunia yang akan kami kupas dalam kertas hasil kajian ini. 

Falsafah al-Faydh
Al-Faydh ataupun lebih kita fahami sebagai teori emanasi atau “emanation” membawa pengertian proses munculnya sesuatu daripada pancaran yang dipancarkan sama dengan yang asal. Emanasi ialah satu proses yang terjadi daripada wujud yang beraneka. Menurut filosof yakni orang yang mengamalkan falsafah dalam hidup mereka, emanasi membawa erti ragam atau bentuk yang bersifat kejiwaan atau material yang berasal daripada wujud yang menjadi sumber dan sesuatu iaitu tuhan. Hal demikian menjadi sebab segala yang ada atau setiap yang wujud  merupakan sebahagian daripada tuhan.
  Teori emanasi Ibnu Sina tidak jauh bezanya dengan yang diamati oleh al-Farabi.  Bagi Ibnu Sina ,Tuhan sebagai akal murni memancarkan akal pertama dan dari akal pertama memancar akal kedua dan langit pertama, demikian seterusnya sehingga tercapai akal kesepuluh dan bumi. Dari akal kesepuluh memancar segala apa yang terdapat di bumi yang berada di bawah bulan. Akal pertama adalah Malaikat tertinggi dan akal kesepuluh adalah Jibril. 
Teori emanasi ini merumuskan kepada “The One”  ataupun “ Yang Satu” hanya dapat keluar “Yang Satu”. Oleh itu, perkara yang keluar daripada Tuhan ialah sesuatu “Yang Maha Satu”. Setiap perkara tidak dapat disamakan dengan Tuhan kerana merujuk kepada keEsaan Tuhan. Dalam hal ini Ibnu Sina berbeza pendapat dan pandangan dengan al-Farabi. Al-Farabi menyatakan bahawa dari “ sesuatu yang Maha Satu” itu keluar pergandaan secara اثنان yakni secara dua-dua. Manakala Ibnu Sina menyatakan bahawa yang keluar daripada              “ sesuatu yang Maha Satu” ialah secara ثلاثة yakni secara tiga-tiga.
Antara alasan yang diberikan oleh Ibnu Sina atas pendapat tersebut ialah:
1. الأول عقل ( akal pertama) berfikir akan الأول yakni tuhan maka lahirlah istilah “akal” di bawahnya. Namun begitu, “akal” di bawahnya ini lebih rendah daripada الأول عقل       ( akal pertama)
2. Akal yang lebih rendah yakni selepas الأول عقل ( akal pertama) akan berfikir akan zatnya sendiri, maka selepas itu akan terbentuklah القصى الفلك             (cakerawala tertinggi) yang mana peringkat tertinggi iaitu kesempurnaannya ialah النفوس ( jiwa)
3. Waktu yang menyebakkan kemungkinan terjadinya kewujudan yang lebih rendah sebagai hasil daripada pengertian akan zatnya sendiri, maka terjadilah القصى الفلك  (cakrawala tertinggi)
Dengan ini, kami dapat merumuskan bahawa akal terjadi daripada tiga unsur kewujudan yang paling utama menurut Ibnu Sina. Tiga unsur tersebut ialah عقل          (akal), النفوس (jiwa) dan jisim.













Falsafah al-Nafs
Apabila menyentuh berkenaan kejiwaan, tokoh ini sebenarnya memberi perhatian terhadap konsep ini. Ibnu Sina mengaplikasikan teori kejiwaannya berpandukan rujukan dari bahan rujukannya hasil tulisan tokoh terkenal seperti Aristottle, Galius ataupun Plotinus, terutama sekali Aristotle. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna Ibnu Sina tidak berkemampuan melahirkan pendiriannya sendiri. Sebenarnya, beliau banyak melakukan pembaikan dalam teori-teori yang pernah dilahirkan sebelumnya sehingga ia lebih ke arah pemikiran falsafah moden.

Pengaruh Ibnu Sina dalam falsafah kejiwaan tidak dapat disangkalkan bermula dari abad ke-10 masihi sehingga akhir abad ke-19 masihi, terutama melibatkan Gundisallinus, Albert The Great, Thomas Aquinas, Roger Bacon dan juga Dun Scot. Menurut falsafah kejiwaan tokoh ini, ianya merupakan aliran pancaran. Pancaran dari tuhan yang bermula dari pembentukan akal pertama kepada akal kedua dan juga langit pertama sehinggalah tercapai ke akal kesepuluh. Akal kesepuluh inilah akan memancar segala apa yang terdapat di bumi ini. Apa yang dimaksudkan dengan akal pertama adalah Malaikat tertinggi iaitu Malaikat Jibra’il.

Terdapat percanggahan pendapat berkenaan pemikiran ini di antara pengikut Sufi dan Mu’tazilah. Pengikut Sufi berpendapat bahawa kemurnian tauhid mengandungi erti hanya Allah sahaja bersifat ‘Wujud’. Manakala kewujudan yang lain diletakkan sebagai penyimpangan tauhid. Pengikut Sufi meletakkan kewujudan selaian tuhan itu umpama bayangan semata, iaitu hampir menyerupai tetapi bukannya hakiki. Berdasarkan fahaman inilah wujudnya fahaman ‘Wahdatul Wujud’ (Kesatuan Wujud), yang bermaksud wujud bayangan yang bergantung pada yang wujud yang mempunyai bayangan. 

Manakala Pengikut Mu’tazilah berpendapat bahawa usaha memurnikan tauhid menuju kepada ketiadaan sifat-sifat Tuhan. Ahli falsafah Islam yang dipolopori oleh Al-Farabi cenderung kepada Al-Faidh. Iaitu berpendapat bahawa Allah mencipta alam ini untuk menunjukkan kewujudan Allah SWT. Ia boleh disedari melalui bertafakur (berfikir). Kewujudan Tuhan dengan Zat-Nya merupakan prinsip dari peraturan dan kebaikan dalam alam. 

Ibnu Sina menyatakan pendapatanya bahawa akal pertama ini mempunyai dua sifat iaitu sifat wajib iaitu wujudnya sebagai pancaran dari Allah dan sifatnya mungkin wujud apabila dikaji dari segi hakikat diri-Nya ( Necessary by virtual of the necessary being and possible in essence). Pemikiran ini mempunyai tiga objek utama iaitu Tuhan, dirinya sebagai yang wajib wujud dan juga dirinya yang mungkin wujud.

Perkaitan Tuhan inilah timbulnya akal dan akal dari pemikiran tentang dirinya sebagai wajib wujudnya jiwa. Dari jiwa inilah pemikiran tentang dirinya sebagai wujud di langit. Jiwa manusia sama seperti jiwa-jiwa segala yang ada di ala mini, memancar dari akal ke-10.

Konsep kejiwaan Ibnu Sina ini secara umunya terbahagi kepada dua iaitu :
1. Secara lahiriah membincangkan kepelbagaian jiwa (jiwa tumbuhan, haiwan dan juga manusia) Membahaskan tentang kebaikan-kebaikan jiwa manusia, termasuk pengertian jiwa yang sebenar.

2. Secara batiniah pula membincangkan berkenaan wujud dan hakikat jiwa, hubungkait jiwa dengan anggota badan serta keabdian jiwa.

Ibnu Sina membahagikan jiwa ini kepada 3 bahagian iaitu:-
i. Jiwa Tumbuh-tumbuhan
Makanan (nutrition), Tumbuh (growth) dan membiak (Reproduction)

ii. Jiwa haiwan
Bergerak ( Locomotion), Menangkap (perception) yang terbahagi pula dua bahagian iaitu menangkap dari luar pancaindera dan menangkap melalui pancaindera, bersama dengan menerima segala apa yang disedari oleh pancaindera,  yang menyimpan segala apa yang diterima oleh pancaindera bersama, imaginasi yang mampu menyusun yang tersirat dalam representasi, estimasi yang menangkap hal-hal abstrak dan menyimpan koleksi hal-hal abstrak yang diterima oleh estimasi.



iii. Jiwa manusia
Secara praktikalnya mempunyai hubungan dengan anggota badan yang secara teorinya adalah berkaitan abstrak. Kemampuan ini mempunyai peringkat iaitu:
a. Akal yang mempunyai potensi untuk berfikir dan belum diterokai.
b. ‘Intelectual in habits’ iaitu akal yang mulai dilatih untuk berfikir tentang perkara abstrak.
c. Akal yang dapat berfikir tentang perkara abstrak.
d. Akal yang telah berkemampuan berfikir tentang perkara abstrak dengan tidak memerlukan usaha.
Sifat manusia bergantung dari mana pemilikan jiwa yang mereka miliki, samada jiwa tumbuh-tumbuhan, jiwa haiwan dan manusia. Ianya akan mempengaruhi ke atas individu tersebut. Jika jiwa yang dimilikinya menyerupai Malaikat, maka dirinya mendekati sifat kesempurnaan.

Menurut Ibnu Sina, jiwa manusia adalah satu unit yang tersendiri dan mempunyai wujud terlepas dari badan. Jiwa manusia akan timbul setiap kali ada badan yang sesuai dan menerima jiwa yang lahir di dunia ini. Walaupun jiwa tidak jelas secara fizikalnya tetapi kewujudannya akan mempengaruhi gerakan anggota badan yang memiliki jiwa tersebut kepada mengikut jenis jiwa yang dimiliki.

Menurut Al-Ghazali dalam buku falsafahnya yang menyatakan bahawa manusia itu mempunayi identiti yang tetap dan tidak berubah (Al-Nafs). Ia bermaksud kemampuan berdiri sendiri yang tidak bertempat. Dan merupakan tempat penyimpanan pengetahaun-pengetahuan intelektual (Al-Ma’aulat) yang berasal dari alam Al-Malakut atau Al-Amr. Al-Ghazali menegaskan bahawa manusia terdiri atas dua perkara pokok iaitu perkara yang berdimensi dan tidak berdimensi tetapi mempunyai kemampuan merasa dan bergerak dengan kemahuan. Perkara pertama dinamakan sebagai badan (al-jism) dan perkara kedua disebut jiwa (al-Nafs). Menyerupai pendapat Ibnu Sina.

Terdapat 4 dalil yang dikemukakan oleh Ibnu Sina untuk membuktikan adanya jiwa iaitu:
1. Dalil Alam iaitu kejiwaan (natural psikologi)
Pada diri kita ada peristiwa yang tidak mungkin di tafsirkan kecuali sesudah mengakui adanya jiwa. Peristiwa – peristiwa tersebut adalah gerak dan pengenalan (idrak, pengetahuan). Gerak ada dua jenis iaitu :

i. Gerak Paksaan (harakah qahriah) yang timbul akibat dorongan dari luar dan menimpa sesuatu benda kemudiannya menggerakkannya.
ii. Gerak rela. Gerak ini juga terbahagi kepada dua iaitu:
a. Gerak sesuai dengan ketentuan hukum alam seperti gravity (iaitu jatuh dari atas ke bawah)
b. Gerak yang melawan hukum alam seperti manusia yang berjalan, tetapi berat badannya menyebabkan dia kaku, ataupun terlalu ringan sehingga mampu terawang di udara seperti burung-burung yang memiliki kemampuan terbang. Gerakan ini berlaku dengan adanya penggerak iaitu jiwa.
Menurut Ibnu Sina, pengetahuan tidak dimilik keseluruhan makhluk tetapi masih dimilki oleh sebahagian daripadanya. Kebiasaannya, makhluk yang memiliki pengetahuan ini mempunyai kelebihan berbanding dengan makhluk yang lain. Pendapat ini berdasarkan dalam buku yang bertajuk ‘De Anima’ (Jiwa) dan ‘Physics’ yang ditulis oleh Aristotle. Walau Bagaimanapun, terdapat kelemahan pada pendapat tokoh ini, antaranya menyatakan bahawa ‘Natural’ itu dihalalkan dan benda-benda tersebut mempunyai satu nilai, walau terdiri dari satu unsur tetapi mempunyai susunan yang berbeza. Tiada  dalamnya untuk menyatakan perkara-perkara yang berkaitan melawan ketentuan alam, tetapi sesuai dengan identitinya yang khas. Kebiasaannya mengikut kesesuaian fenomena yang berlaku tanpa disertai kekuatan psikologi.
Kelemahan ini disedari oleh Ibnu Sina, melalui penulisan yang berikutnya seperti buku Al-Syifa dan Al-Isyarat, pendapat tersebut dimasukkan dan dijelaskan secara sepintas lalu sahaja. Kali ini penulisan beliau berfokuskan kepada pandangan berdasarkan pemikiran dan jiwa.

2. Dalil Aku dan kesatuan tanda-tanda kejiwaan
Menurut Ibnu Sina, apabila seseorang memperkatakan tentang dirinya atau mengajak berbual dengan orang lain. Hal ini dikatakan sebagai jiwanya tetapi bukan badannya. Contohnya, jika ketika kita menyatakan “saya keluar” atau “Saya tidur”, bukannya pergerakan anggota yang dimaksudkan tetapi berkenaan hakikat pada diri  kita.

3. Dalil kelangsungan 
Pendapat ini menjelaskan bahawa apa yang kita nikmati sekarang bermula dari kejadian masa sebelumnya. Dan menentukan keadaan masa depan. Pendapat Ibnu sina menceritakan bahawa, kehidupan kita pada pagi ada hubungannya dengan kehidupan yang lampau. Jika kita mengalami perubahan, maka gerakan dan perubahan-perubahan tersebut mempunyai pertalian antara satu sama lain dan umpama berangkai. Ianya akan berputar-putar berpandu pada titik tarik yang tetap.

Menurut Ibnu Sina juga menyakan Dalil kelangsungan membuka ciri kehidupan fikiran paling khas dan mencerminkan penyelidikan dan perbahasan yang mendalam, bahkan mendahului masa berabad kerana pendapatnya ini telah diamalkan oleh Ilmu Jiwa moden dan mendekati tokoh-tokoh pemikir masa kini.

4. Dalil Orang terbang atau bergantung di udara (terawang-awangan)
Dalil ini adalah dalil yang terindah dari Ibnu sina dan jelas menunjukkan daya kreativitinya. Walaupun dalil ini seoerti pandangan berdasarkan khayalan, tetapi tidak melemahkan untuk membentuk keyakinan. Antara yang dijelaskan dalam dalil ini seperti berikut: “ Andaikata ada seseorang yang mempunyai kekutan yang penuh, baik akal mahupun jasmani, kemudian ia menutup matanya sehingga tidak dapat melihat sama sekali apa yang berlaku di sekelilingnya, kemudian dia diletakkan di udara atau dalam kekosongan, sehingga dia tidak merasakan sesuatu sentuhan atau pemberontakan, anggota badannya disusun sehinga tiada sentuhan apa-apa pada permukaan. Namun orang tersebut tiada keraguan tentang dirinya, walaupun ianya sukar menetapkan kewujudan salah satu anggota badannya, fokus pemikirannya hanya satu iaitu ‘jiwa’.
Dalil ini sama seperti dalil ‘descartes’, berdasarkan satu hipotesis, bahawa pengetahuan yang berbeza haruslah ada perkara-perkara yang berbeza. Seseorang dapat melepaskan dirinya dari segala sesuatu kecuali jiwanya yang menjadi intipati keperibadiannya. Jika kebenaran dalam alam ini kita ketahui dengan adanya perantara, biasanya kebenaran yang kita ketahui dengan langsung iaitu jiwa. Kita tidak akan boleh meragukan tentang kewujudannya walaupun seketika.








Falsafah al-Wujud
           Ibnu Sina juga membicarakan sifat wujudiah sebagai yang terpenting dan mempunyai kedudukan yang tetinggidari segala sifat lain, walaupun esensi sendiri. Menurut Ibnu Sina esensi terdapat dalam akal manakala wujud terdapat di luar akal. Wujud lebih penting kerana wujudlah menyebabkan esensi mempunyai kenyataan di luar akal. Kalau dikombinasikan wujud dan esensi dapat kombinasi berikut : 
1) Esensi yang tidak mempunyai wujud. Menurut Ibnu Sina sesuatu yang mustahil berwujud (Mumtani’ Al-Wujud).
Contoh : Adanya sekarang alam semesta lain di samping alam semesta yang ada.
2) Esensi yang mungkin mempunyai wujud dan mungkin tidak mempunyai wujud (Mumkin Al-Wujud).
Contoh : Alam ini pada mulanya tidak ada, kemudian ada dan akhirnya akan hancur 
                Menjadi tidak ada.
3) Esensi yang mesti ada wujud (Wajib Al-Wujud). Esensi tidak dapat dipisahkan dengan wujud.
Contoh : Tuhan (Pencipta). Tiada permulaan dan wujud selama-lamanya.











Falsafah Kenabian
Pada tingkat intelektual, perlunya wahyu kenabian dibuktikan. Ibnu Sina membangun seluruh teori tentang pengalaman intuitif, manusia sangat berbeza-beza berdasarkan kekuatan-kekuatan intuitif mereka dalam kualiti maupun dalam kuantitinya dan sementara sebahagian orang hampir sama sekali tak memiliki pengalaman intuitif itu. Yang lain memilikinya dalam kadar yang tinggi, sehingga orang dianugerahi keluarbiasaan memiliki hubungan menyeluruh dengan realiti. Wawasan yang menyeluruh, kemudian mewujudkan tesis-tesis tentang sifat dasar realiti dan tentang sejarah masa depan, dan wawasan inipun bersifat intelektual dan moral spiritual sehingga pengalaman kenabian itu tentu memenuhi kriteria filosofi ataupun moral. Berdasarkan wawasan kreatif inilah Nabi menciptakan nilai-nilai moral baru dan mempengaruhi sejarah masa mendatang. Komitmen psikologis moral dari wawasan inipun merupakan keimanan Nabi serta percakapannya dalam pengetahuan yang benar dan dalam penelitian moral yang tepat. Wawasan kreatif tentang pengetahuan dan nilai-nilai diistilahkan oleh Ibnu Sina dengan akal aktif dan diidentitikan dengan Malaikat pembawa wahyu.
Wawasan intelektual spiritual merupakan kurnia tertinggi yang dimiliki Nabi. Ia tak dapat bertindak kreatif dalam sejarah semata-mata berdasarkan kekuatan wawasan itu. Sifat pembawaan kedudukan yang dipegangnya menghendaki agar sayugianya menghadap umat manusia berbekalkan risalah, mempengaruhi mereka dan benar-benar berhasil misalnya. Nabi harus memiliki imaginasi yang kuat dan hidup, bahwa kekuatan fiziknya sedemikian kuat hingga ia harus mempengaruhi bukan hanya pemikiran orang lain melainkan juga seluruh materi pada umumnya, bahwa ia mampu melontarkan suatu sistem sosial politik.
Dengan kualiti imaginasi yang luar biasa kuatnya, pemikiran Nabi selalu keniscayaan psikologi yang mendorong, mengubah kebenaran-kebenaran akal murni dengan konsep-konsep menjadi imaginasi-imaginasi dan simbol-simbol kehidupan yangs sedemikian kuat sehingga orang yang mendengar atau membacanya tidak hanya menjadi percaya tetapi juga terdorong untuk berbuat sesuatu. Wahyu-wahyu yang terdapat dalam kitab-kitab suci keagamaan sebahagian besar berupa perintah dan keharusan, sehingga perlu ditafsirkan untuk mendapatkan kebenaran yang tertinggi, mendasar dan spiritual. Wahyu dalam pengertian teknikal  inilah yang mendorong manusia untuk beramal dan menjadi orang baik, tidak hanya murni sebagai wawasan intelektual dan ilham belaka, maka tak ada agama yang hanya berdasarkan akal murni. Kerana itu, Nabi perlu menjadi seorang pembuat hukum dan seorang negarawan tertinggi. Hukum (syariah) ini mesti demikian rupa sehingga berhasil guna dalam membentuk masyarakat yang baik, harus memperingatkan   mereka akan Tuhan pada setiap langkah; dan harus pula menjadikannya sebagai tolak ukur pendidikan bagi mereka dalam rangka membuka mata mereka terhadap apa yang ada dalam bentuk lahiriahnya, sehingga mereka memahami tujuan-tujuan spiritual sejati Sang pembuat  hukum.
Harun Nasution memberikan huraian tentang falsafah Kenabian dalam pemikiran Ibnu Sina, iaitu ; akal mempunyai empat tingkat dan terendah di antaranya ialah akal jisim. Adakalanya Tuhan menganugerahkan kepada manusia akal materi yang besar lagi kuat, yang oleh Ibnu Sina diberi nama al-Hads, iaitu intuisi. Daya yang ada pada akal jisim serupa ini begitu besarnya, sehingga tanpa melalui latihan dengan mudah dapat berhubungan dengan akal aktif dan dengan mudah dapat menerima cahaya atau wahyu dari Tuhan. Akal yang serupa ini mempunyai daya suci. Inilah bentuk akal tertinggi yang dapat diperoleh manusia dan terdapat hanya pada Nabi-nabi.












PENGARUH PEMIKIRAN YUNANI

Pemikiran Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh tokoh falsafah Yunani. Beliau pernah membaca buku berkenaan metafizik yang dikarang oleh Aristotle sebanyak 40 kali. Pengaruh pemikiran ini kelihatan dalam pandangan beliau dalam perubatan dan falsafah. Beliau berpendapat bahawa matematik boleh digunakan untuk mengenal tuhan. Fahaman sama pernah dilontarkan oleh tokoh falsafah Yunani iaitu Pythagoras. Pythagoras menggunakan matematik untuk menghuraikan sesuatu kejadian. Pytthagoras berpendapat bahawa sesuatu barangan mempunyai angka-angka dan angka itu berkuasa di alam ini.
Ibnu Sina juga telah mengarang sebuah kitab di mana di dalamnya terkandung sebuah bab yang berbunyi Himah Ilahiyyah. Dalam bab ini disebut dalam fasal “Tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan jirim atasan” telah mendapat sambutan yang kurang baik apabila dikritik hebat oleh Hujjatul Islam, Imam Ghazali Rahimahullah. Fasal ini membincangkan pemikiran dan falsafah ketuhanan Ibnu Sina.
Kebanyakan aliran pemikiran Ibnu Sina memang terpengaruh dengan pemikiran Yunani kerana beliau banyak mengkaji mengenai falsafah Yunani dan Greek. Bahkan dalam bidang perubatan juga beliau tertarik dengan pandangan teori Yunani yang menyatakan bahawa kesihatan seseorang mempunyai hubungan dengan unsur humor iaitu, darah, lendir, hempedu kuning dan hempedu hitam. Semua unsur tersebut harus berada pada tahap keseimbangan atau manusia tersebut akan dijangkiti penyakit.
Ibnu sina telah menukar pandangan tersebut ke arah lebih Islamik apabila menyatakan tubuh manusia dipengaruhi oleh unsur api, air, tanah dan angin. Keempat  empat unsur ini melambangkan panas, sejuk, lembap dan kering serta bergantung pada unsur semula jadi yang terdapat di alam ini. Beliau percaya perlu ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit.



KRITIKAN IMAM GHAZALI

Imam Ghazali merupakan seorang tokoh ulama’ yang giat memperjuangkan aqidah islam yang sebenar. Beliau menentang keras aliran pemikiran dan falsafah yang bertentangan dengan syara’ islam. Beliau digelar Hujjatul Islam disebabkan usaha beliau ini. Beliau di dalam kitabnya yang mahsyur Tahafat al-Falasifah telah mengkritik banyak tokoh-tokoh pemikir islam. Salah seorang yang tidak terlepas daripada kritikan tersebut ialah Ibnu Sina.
Imam Ghazali telah menghukum sesat kepada Ibnu Sina kerana Ibnu Sina telah terpengaruh serta bersetuju dengan pandangan Phythagoras dimana angka-angka mempunyai kuasa di alam ini. Ibnu sina menyatakan bahawa matematik boleh digunakan untuk mengenal tuhan.
Walaubagaimanapun, Ibnu Sina di dalam kitabnya An-Najah telah menyangkal dakwaan tersebut. Beliau tidak pernah menolak kekuasaan serta keEsaan Tuhan.  Ibnu Sina telah menyatakan bahawa pencipta yang dinamakan sebagai "Wajib al-Wujud" ialah satu. Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dibahagikan dengan apa-apa cara sekalipun. Menurut Ibnu Sina, segala yang wujud (mumkin al-wujud) terbit daripada "Wajib al-Wujud" yang tidak ada permulaan.
Penulisan Ibnu Sina dalam Himah Ilahiyyah turut mendapat kritikan hebat. Imam Ghazali mempertikaikan penulisan Ibnu Sina kerana ia dianggap sesuatu yang tidak patut untuk difikirkan oleh manusia. Ibnu Sina telah berusah untuk membahaskan sifat zat Tuhan. antara yang dipertikaikan ialah penyangkalan terhadap kepercayaan dalam keabadian terhadap planet bumi, penyangkalan terhadap penafian Ibnu Sina mengenai kebangkitan jasad manusia dengan perasaan kebahagian dan kesengsaraan di syurga dan neraka.
Namun begitu, suka untuk kami ingatkan agar kita tidak mudah menghukum Ibnu Sina dan kami serahkan kritikan yang dilontarkan kepada Allah untuk di adili.

         

SEPULUH TANDA-TANDA BESAR TIBANYA HARI KIAMAT


Ertinya :

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".
(H.R Muslimi)