Thursday 29 November 2012

BACALAH untuk dirimu

tatkala diri sedang bergelumang dengan dosa...leka dibuai fatamorgana dunia. tidaka pernahkah terfikir untuk kembali ke landasan islam yang tidak akan mampu dinafikan akan kebenarannya.. sememangnya tidak akan lari daripada kehidupan seorang anak adam daripada tersilap langkah dan terjerumus ke kancah kedurjanaan dunia dek lemah iman dan jahil dalam ilmu fardu ain serta akidah yang kurang mantap. seperti  juga tidak pernah menyatakan bahawa diri ini dan tidak pernah melakukan kesilapan yang menghukum diri..

      setelah terjatuh kedalam lubang najis dan dipenuhi dengan bau yang busuk maka bangkitlah kembali dengan mandi dan memakai pakaian baru. dalam konteks kehidupan pula kita perlulah segera bertaubat setelah melakukan kemungkaran yang bakal mendapat balasan azab di akhirat kelak agar diri tidaka tersiksa di sana. jangan biarkan diri terus tergelumang dalam kancah tersebut dan menyangka bahawa pintu taubat telah tertutup buat kita kerana selagi nyawa di kandung badan dan selagi itulah kita mampu untuk bertaubat kerana INNALLAHA GHAFURURRAHIM.

       jangan pula menyangka bahawa orang yang selalu melakukan kejahatan itu akan ke neraka dan orang yang disangka alim itu akan ke syurga kerana itu semua adlah kuasa ALLAH S.W.T. tetapi apabila saya menyatakan begini jangan pula di salah erti akan maksud tersembunyi yang cuba saya sampaikan. hal ini adalah kerana sekiranya orang yang berbuat jahat itu sempat bertaubat di pengakhiran nyawa dan mendapat husnul khatimah maka tempatnya adlah syurga ALLAH dan sekiranya orang yang selalu melakukan kebaikan itu membuat sesuatu kejahatan di akhir hayatnya da. mendapat suil khatimah maka tempatnya di neraka.  

    hakikatnya kita tidak boleh menduga bila masanya malaikat izrail akan datang menjemput kita untuk kembali ketempat asal kita iaitu tanah. oleh itu kita perlulah sentiasa bertaubat kepada ALLAH dan perbaharuilah iman sentiasa dengan kalimah mulia LAILAHAILLALLAH....

SEPULUH TANDA-TANDA BESAR TIBANYA HARI KIAMAT


Ertinya :

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".
(H.R Muslimi)