Tuesday 24 January 2012

Sayangnya ALLAH kepada kita


vuba kita renungkan baik-baik video ini. sekiranya kita mersakan diri kita yang paling tersepit dan sering di uji oleh ALLAH cuba kita lihat kembali dalam kehidupan seharian kita.. ramai lagi orang yang di timpa ujian yang lebih berat daripada kita..sekiranya kita di uji maka bersyukurlah dan ketahuilah bahawa kita di sayangi ALLAH. sekiranya kita melihat orang yang kaya seperti tidak ada ujian dan kesusahan maka kita telah tersilap.. ketahuilah bahawasanya ujian yang paling hebat ialah sewaktu manusia itu berada dalam kesenangan.

No comments:

Post a Comment

SEPULUH TANDA-TANDA BESAR TIBANYA HARI KIAMAT


Ertinya :

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".
(H.R Muslimi)