Friday 24 June 2011

IMAN BAGAIKAN BUIH

Umum mengetahui bahawa iman di akhir zaman ini amatlah lemah sehingga diibaratkan oleh RASULULLAH S.A.W. sebagai buih. hal ini boleh kita buktikan dengan banyaknya kejadian yang tidak bermoral seperti zina. Imasn yang begitu lemah ini juga menandakan bahawa kita begitu hampir dengan kedatangan HARI KIAMAT yang begitu dahsyat sehinggakan perbandingan yang di buat ialah IBU MELUPAKAN ANAK SUSUANNYA. Bayangkanlah dahsyatnya hari kiamat itu sendiri apabila gunung dilipat. Oleh itu saya menyeru supaya kita sentiasa bertaubat kepada ALLAH S.W.T dan sentisa memperbaharui iman dengan kalimah syahadah.

SEPULUH TANDA-TANDA BESAR TIBANYA HARI KIAMAT


Ertinya :

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".
(H.R Muslimi)