bismillah
dah nak masuk fasa pilihan raya di malaysia. jadi di harapkan para pengundi dapat membuat pilihan yang tepat demi untuk negara. mari kita lihat ciri pemimpin yang sesuai diundi nanti.
Berkata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah :
“Hendaklah dipastikan orang yang terbaik baik setiap jawatan, kerana sesungguhnya kepimpinan itu mempunyai dua rukun iaitu al-Quwwah (kekuatan/kemampuan) dan al-Amanah (bertanggungjawab). Al-Quwwah dinilai pada setiap kepimpinan berdasarkan keadaannya. Al-Quwwah dalam mengetuai peperangan merujuk kepada keberanian hati, pengalaman dalam peperangan, tipu daya peperangan kerana peperangan itu adalah tipu daya dan miliki kemampuan dalam pelbagai jenis peperangan. Al-Quwwah dalam kehakiman merujuk kepada miliki ilmu mengenai keadilan seperti yang ditunjukkan oleh al-Quran dan al-Sunnah dan ada kemampuan melaksanakan hukum. Manakala amanah pula merujuk kepada perasaan takutkan Allah, tidak menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah ( caci dan hina ayat Allah) serta tidak takutkan manusia (dengan hukum Allah) sehingga mengabaikan perintah Allah)”. -Al-Siasah al-Syar`iyyah fi Islah al-Ra`iy wa al-Ra`iyyah

kita juga hendaklah patuh pada perintah Allah
"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan." Hud [11:113]
mungkin sesetengah orang tidak mengerti maksud zalim..Kata zalim berasal dari bahasa Arab, dengan huruf “dho la ma” (ظ ل م ) yang bermaksud gelap. Di dalam al-Qur’an menggunakan kata zhulm selain itu juga digunakan kata baghy, yang artinya juga sama dengan zalim yaitu melanggar haq orang lain. Namun demikian pengertian zalim lebih luas maknanya ketimbang baghyu, tergantung kalimat yang disandarkannya. Kezaliman itu memiliki berbagai bentuk di antaranya adalah syirik.Kalimat zalim bisa juga digunakan untuk melambangkan sifat kejam, bengis, tidak berperikemanusiaan, suka melihat orang dalam penderitaan dan kesengsaraan, melakukan kemungkaran, penganiayaan, kemusnahan harta benda, ketidak adilan dan banyak lagi pengertian yang dapat diambil dari sifat zalim tersebut, yang mana pada dasarnya sifat ini merupakan sifat yang keji dan hina, dan sangat bertentangan dengan akhlak dan fitrah manusia, yang seharusnya menggunakan akal untuk melakukan kebaikan
No comments:
Post a Comment