Sunday, 28 August 2011

salam....... maaflah sebab dah lama x update sbb sibuk dgn ramadan. sedar x sedar ramadan akan pergi meninggalkan kita. cuba kita renungi dan tanya pada nurani kita mrngenai datu persoalan yang cukup rumit untuk dijawab. persoalanya ialah ADAKAH AMALAN KITA SEPANJANG KITA BERPUASA INI DITERIMA ALLAH DAN ADAKAH AMALAN KITA SEMPURNA? kita merasakan apa yang kita lakukan sudah cukup baik tetapi pada hakikatnya ia hanya perasaan kita yang malas untuk beribadah kepada ALLAH. Sekiranya kita melakukan banyak melakukan amalan kebajikan kita tetap tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat. adkah dosa kita lebih banyak daripada kebaikan? bersama-sama kita fikirkan. adakah kita terrgolong dalam orang yang nabi Muhammad S.A.W. maksudkan dengan orang yang ahli ibadah yang jahil dimana amalnya tidak diterimA ALLAH. bersama-sama kita renunginya

Friday, 24 June 2011

IMAN BAGAIKAN BUIH

Umum mengetahui bahawa iman di akhir zaman ini amatlah lemah sehingga diibaratkan oleh RASULULLAH S.A.W. sebagai buih. hal ini boleh kita buktikan dengan banyaknya kejadian yang tidak bermoral seperti zina. Imasn yang begitu lemah ini juga menandakan bahawa kita begitu hampir dengan kedatangan HARI KIAMAT yang begitu dahsyat sehinggakan perbandingan yang di buat ialah IBU MELUPAKAN ANAK SUSUANNYA. Bayangkanlah dahsyatnya hari kiamat itu sendiri apabila gunung dilipat. Oleh itu saya menyeru supaya kita sentiasa bertaubat kepada ALLAH S.W.T dan sentisa memperbaharui iman dengan kalimah syahadah.

Saturday, 16 April 2011

tanda kecil kiamat-sungai furat

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W bersabda: "Tidak terjadi hari kiamat itu sehingga Sungai Furat menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata "mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu"."

Di dalam riwayat Bukhari Muslim, Rasulullah bersabda: "Sudah dekat suatu masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu."

perbendaharaan emas ynang di maksudkan adalah timbulnya gunung emas.
SUBHANALLAH marilah kita sama-sama bertaubat sebelum perkara ini terjadi. bolekah saudara bayangkan sungai yang tidak pernah kering tiba-tiba menjadi kering. ITULAH KEKUASAAN ALLAH S.W.T

Tuesday, 15 March 2011

INGATLAH ALLAH DAN ALLAH AKAN MENGINGATI KITA

ADAKAH ANDA TAHU BAHAWA ALLAH TIDAK PERNAH MELUPAKAN HAMBANYA TETAPI HAMBANYA SERING KALI MELUPAKAN-NYA?

itulah yang sedang berlaku ketika dunia berada di hujung tanduk ketika manusia melupakan asal usul mereka daripada tanah dan alpa apabila dikatakan manusia sebaik-baik kejadian dan tidak pernah menghargainya serta bersyukur kepada ALLAH.

Di dalam sohih Muslim tercatat : Firman Allah Ta'ala ( maksud ) : Sesiapa yang mendekatiKu sejengkal maka Aku akan mendekatinya sehasta. Dan sesiapa yang menghampiriKu sehasta maka aku kan menghampirinya sepemeluk dan sesiapa yang datang kepadaKu dalam keadaan berjalan maka Aku akan kepada dalam keadaan bersegera. Dan sesiapa menemuiKu(selepas mati) dengan dosanya sebesar bumi tetapi tidak syirik padaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan menemuinya dalam keadaan mengampuni dosa sebesar bumi itu.

bayangkanlah betapa ALLAH mengasihi hambanya tetapi bagaimana kita sebagai hamba membalasnya?

fikir dan renungilah

ALLAH MAHA MENGETAHUI APA YANG KAMU LAKUKAN

salam..........

sekiranya kita sedar bahawa kita telah melakukan dosa maka hendaklah kita segera bertaubat dan janganlah kita merasakan bahawa tiada seorang pun yang menngetahuinya selain kita kerana ia tersilap. sesungguhnya ALLAH lebih menetahui segala yang tersurat dan yang tersirat. hal ini dibuktikan melalui firman ALLAH S.W.T dalam surah an-nisa. Allah s.w.t. berfirman "(Mereka bersumpah):Kami hanya mengkehendaki niat baik dan taufik! Mereka itulah orang-orang yang diketahui Allah akan isi hati mereka" (Surah An-Nisa:62-63)

oleh itu, janganlah kita merasakan setiap perbuatan kita tidak diperhatikan dan ALLAH mengetahui setiap perkara walaupun belum perkara itu kita lakukan. kita juga wajib beriman bahawa ALLAH itu maha mengetahui kerana jika tidak azab ALLAH itu amat pedih.

Saturday, 12 March 2011

assalamualaikum

Marilah kita bersama-sama  berganding bahu untuk memertabatkan kembali sunah Rasulullah S.AW dan menegakkan kembali syiar ISLAM dengan bertaqwa kepada ALLAH S.W.T

SEPULUH TANDA-TANDA BESAR TIBANYA HARI KIAMAT


Ertinya :

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".
(H.R Muslimi)