Tuesday 15 March 2011

INGATLAH ALLAH DAN ALLAH AKAN MENGINGATI KITA

ADAKAH ANDA TAHU BAHAWA ALLAH TIDAK PERNAH MELUPAKAN HAMBANYA TETAPI HAMBANYA SERING KALI MELUPAKAN-NYA?

itulah yang sedang berlaku ketika dunia berada di hujung tanduk ketika manusia melupakan asal usul mereka daripada tanah dan alpa apabila dikatakan manusia sebaik-baik kejadian dan tidak pernah menghargainya serta bersyukur kepada ALLAH.

Di dalam sohih Muslim tercatat : Firman Allah Ta'ala ( maksud ) : Sesiapa yang mendekatiKu sejengkal maka Aku akan mendekatinya sehasta. Dan sesiapa yang menghampiriKu sehasta maka aku kan menghampirinya sepemeluk dan sesiapa yang datang kepadaKu dalam keadaan berjalan maka Aku akan kepada dalam keadaan bersegera. Dan sesiapa menemuiKu(selepas mati) dengan dosanya sebesar bumi tetapi tidak syirik padaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan menemuinya dalam keadaan mengampuni dosa sebesar bumi itu.

bayangkanlah betapa ALLAH mengasihi hambanya tetapi bagaimana kita sebagai hamba membalasnya?

fikir dan renungilah

No comments:

Post a Comment

SEPULUH TANDA-TANDA BESAR TIBANYA HARI KIAMAT


Ertinya :

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".
(H.R Muslimi)