Tuesday 15 March 2011

ALLAH MAHA MENGETAHUI APA YANG KAMU LAKUKAN

salam..........

sekiranya kita sedar bahawa kita telah melakukan dosa maka hendaklah kita segera bertaubat dan janganlah kita merasakan bahawa tiada seorang pun yang menngetahuinya selain kita kerana ia tersilap. sesungguhnya ALLAH lebih menetahui segala yang tersurat dan yang tersirat. hal ini dibuktikan melalui firman ALLAH S.W.T dalam surah an-nisa. Allah s.w.t. berfirman "(Mereka bersumpah):Kami hanya mengkehendaki niat baik dan taufik! Mereka itulah orang-orang yang diketahui Allah akan isi hati mereka" (Surah An-Nisa:62-63)

oleh itu, janganlah kita merasakan setiap perbuatan kita tidak diperhatikan dan ALLAH mengetahui setiap perkara walaupun belum perkara itu kita lakukan. kita juga wajib beriman bahawa ALLAH itu maha mengetahui kerana jika tidak azab ALLAH itu amat pedih.

No comments:

Post a Comment

SEPULUH TANDA-TANDA BESAR TIBANYA HARI KIAMAT


Ertinya :

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".
(H.R Muslimi)